Sunday 22 July 2012


PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

(Adaptasi: Prof. Dr. Chang Lee Hoon)


Pendahuluan

Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.

Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:
1. Pemupukan Nilai
2. Perkembangan Moral Kognitif
3. Analisis Nilai
4. Penjelasan Nilai
5. Pendekatan Penyayang (Caring)
6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.

1. Pendekatan Pemupukan Nilai
Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:

(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.

Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira  pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.


2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:
(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.
(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan
moral
(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan
yang setara.

3. Pendekatan Analisis Nilai

Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.

Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.
(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat

Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan
lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

4. Pendekatan Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.

Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:

I Proses memilih:
(i) memilih secara bebas
(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada
(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan

II Proses menghargai
(iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
(v) menyatakan secara terbuka

III Proses bertindak
(vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya.

Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.

5. Pendekatan Penyayang (Caring)

Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.

(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.

(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.
(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.

6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut:

Pembelajaran berkumpulan secara koperatif:
Saling pengantungan positif
Akauntabiliti individu
Kumpulan yang heterogenous
Bersama-sama memimpin
Bersama-sama bertanggungjawab
Penekanan kepada tugas dan proses
Kemahiran sosial diajar secara langsung
Guru memerhati dan membimbing
Kumpulan menilai keberkesanan kendiri
(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.
Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang berikut:

berfikir-berpasangan-berkongsi
permainan
main peranan
projek
jigsaw

Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

Kesimpulan
Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.

Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia.

Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan

kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s development. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota.

Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press.

Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.
Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

Thursday 12 July 2012


SOALAN TUTORIAL DAN ISL
Minggu 1- Minggu 9
ELM3101: Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Minggu/ Tarikh
Tutorial
(jam)
ISL
    (jam)    
M 1

20/6
&
21/6
·           Menjelaskan perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.
Perkembangan isi kandungan
-Cadangan isu dan situasi nilai
-Kandungan Akademik
-Hasil pembelajaran
-Cadangan aktiviti
·       Pelajar membentangkan hasil tugasan yang telah dilaksanakan dalam ISL
    
Secara berpasangan pelajar dikehendaki menyediakan kelima-lima  bidang pembelajaran dan menyediakan sub nilai dalam bentuk grafik

M 2

27/6
&
28/6
Pelajar membentangkan hasil rancangan pelajaran semester yang telah dilaksanakan dalam ISL. Pensyarah membuat komen/mengulas

Dalam kumpulan berempat pelajar menyediakan satu contoh pengajaran semester bagi tahun 2 mengikut topik dalam bentuk jadual

M 3

4/7
&
5/7

Pelajar membentangkan hasil tugasan yang telah dilaksanakan dalam ISL


Membuat analisis Pendekatan  yang sesuai  bagi setiap bidang pembelajaran semasa proses pengajaran  dan pembelajaran       dijalankan dalam bentuk jadual.

M 4

11/7
&
12/7
Pelajar  membentangkan hasil tugasan yang telah dilaksanakan dalam ISL

Pelajar dibahagikan kepada lima  kumpulan untuk menyediakan:
·         satu pendekatan pelajaran dan mereka dikehendaki menerangkan kaedah dan teknik yang sesuai mengikut nilai yang dipilih.

M 5

18/7
&
19/7
Perbincangan dalam kelas setelah maklumat diperolehi oleh pelajar tentang kebaikan dan kelemahan strategi dan kaedah yang dipelajari

Pelajar membuat rujukan di perpustakaan bagi mendapat maklumat tentang kebaikan dan kelemahan setiap strategi dan kaedah yang telah dibincangkan
M 6

25/7
&
26/7
Pelajar membentangkan hasil tugasan yang telah dilaksanakan dalam ISL

Dalam kumpulan berempat pelajar membuat banding beza strategi dan kaedah pengajaran dalam bentuk jadual


M 7

1/8
&
2/8
Pelajar membentangkan
contoh situasi dalam menjelaskan kaedah teori of constraint

Dalam kumpulan berempat ,pelajar mencari maklumat dan menyediakan satu contoh situasi dalam kaedah pembelajaran berasaskan teori of constraint



M 8

8/8
&
9/8
Pelajar membentangkan contoh pengajaran harian yang telah mereka bina bagi menjelaskan lagi kefahaman mereka terhadap ke lima-lima kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Dalam kumpulan berdua, pelajar mendapatkan maklumat dan menyediakan satu contoh pengajaran harian berdasarkan salah satu dari kemahiran yang telah dipelajari



M 9

15/8
&
16/8
·           Pelajar membentangkan hasil tugasan mereka dalam pembinaan bahan sumber seperti yang tercatat dalam soalan ISL
·          Pensyarah menerangkan cara pemilihan sumber BBM  dan penggunaannya dalam bentuk grafik.

Secara berkumpulan pelajar diminta untuk membina bahan sumber  seperti-bahan maujud, cetakan, rakaman dan lain-lain sumber yang sesuai untuk satu slot pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral






drabdshatar

Sunday 1 July 2012





1983 
Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia



Mula diperkenalkan di sekolah rendah
1989  -
Mula diajar di peringkat sekolah menengah
1993  -
Diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1999  -
Semakan semula kurikulum Pendidikan Moral KBSR dan KBSM
2001  -

Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral KBSR dan KBSM
secara berperingkat
2002  -
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral
2003  -


Pelaksanaan di peringkat rendah dan menengah 
( Tahun 1 dan Tahun 4 ; Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 )
2009  -


Membina dokumen standard sekolah rendah 
( Tahun 1 hingga Tahun 6 )

2010  -
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral KSSR 
( Tahun 1 ) Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1
2011  -
Pelaksanaan KSSR, Pendidikan Moral Tahun 1

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Moral)

Nama Kursus
Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
(Moral Education Curriculum and Teaching Methods)
Kod Kursus
ELM3102
Kredit
3(3+0)
Jam kontak
45 Jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan perancangan semester dan tahunan.
2.    Mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran dan bahan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro.
3.    Menyediakan rancangan persediaan harian Pendidikan Moral yang lengkap.
4.    Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran pembelajaran harian.
Sinopsis
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk mentafsir sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah; penyediaan rancangan semester dan persediaan mengajar harian; pendekatan ,kaedah, kemahiran serta sumber dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral; menjalankan sesi amali pengajaran mikro dan makro.

This course provides students with the knowledge and basic skills needed to interpret the primary school moral education syllabus, preparing the scheme of work, lesson planning, approaches, methods, skills and resources for the teaching and learning activities as well as micro and macro teaching practical.











Tajuk
Kandungan
Jam
1
Teori
Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah
·         Sejarah dan kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia.
·         Pengenalan kepada sukatan pelajaran Pendikan Moral KBSR.
-       Matlamat dan objektif Pendidikan Moral
-       Rangka konsep
-       Organisasi kandungan sukatan pelajaran
·         Perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.
-       Perkembangan isi kandungan
-       Cadangan isu dan situasi
-       Nilai
-       Kandungan akademik
-       Hasil pembelajaran
-       Cadangan aktiviti
3
2
Persediaan Rancangan Pelajaran Semester dan Rancangan Harian Pendidikan Moral
·         Perincian butiran rancangan pengajaran semester.
-       Merancang pecahan nilai bagi setiap minggu dan semester.
·                                       Perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian
·         Penulisan Hasil Pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku
3
3
Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
·         Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral.
·     Analisis Pendekatan Pendidikan Moral.
-       Pendekatan Pemupukan Nilai
-       Pendekatan Bertimbang Rasa
-       Pendekatan Rasional
-       Pendekatan Tindakan Sosial
-       Pendekatan Moral Kognitif
-       Pendekatan Penjelasan Nilai
-       Pendekatan Analisis Nilai
·     Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.
-       Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)
-       Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based Approach- Narvaez)
-       Pendekatan Domain (Domain Approach – Nucci)
6
4
Strategi dan Kaedah dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral
  • Kaedah Main Peranan/Simulasi
  • Kaedah Bermain dan Bercerita
  • Kaedah Nyanyian dan Lakonan
  • Kaedah Perbincangan
  • Kaedah Lawatan
  • Kaedah Projek
  • Kaedah Tunjuk Cara
  • Kaedah Pameran
  • Kaedah Penyelesaian Masalah
  • Kaedah/Strategi Penyelesaian Konflik
9
5
Aplikasi Kemahiran dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral
·         Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint
·         Pembelajaran Aktif
·         Pembelajaran Kontekstualisme
·         Pembelajaran Konstruktivisme
·         Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
·         Kemahiran Kajian Masa Depan
·         Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral
3
6
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
·         Pengenalan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral.
-       Kepentingan sumber
-       Jenis-jenis sumber
-       Pemilihan dan penggunaan sumber
·         Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
-       Kepentingan mengguna multi media.
-       Jenis-jenis multi media – audio dan visual, Internet, CD-Rom.
-       Penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media.
3
7

Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Moral
  • Menyediakan persembahan Mikro yang sesuai bagi setiap bidang.
-       Set induksi, penerangan, penyoalan dan peneguhan
-       Penggunaan sumber dan bahan bantuan mengajar
-       Variasi rangsangan
-       Penutup
  • Menyediakan pengajaran Makro yang lengkap.
15
8
Penilaian Pengajaran Makro
  • Penilaian mengikut model pencerapan klinikal.
-       Unsur-unsur penilaian
-       Peringkat-peringkat penilaian
-       Fomat penilaian
·         Jurnal Refleksi
·         Menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran makro.
·         Menjalankan Penilaian rakan sebaya dan pensyarah terhadap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran makro.
3

Jumlah
45


Pentaksiran
Kerja Kursus                  60 %
Peperiksaan Akhir         40 %
Rujukan
Asas
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1994). Pendidikan Moral: Siri pendidikan. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.

Mukherjee, H,J,E, Chang, L.H., dan N. S. Rajendran (1992). Strategi pengajaran pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pendidikan Moral Tahun 3 dan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rujukan
Tambahan
Al-Altas S. N. (1976). Islam: The concept of religion & the foundation of ethnic & morality. Kuala Lumpur.

Huitt, W. (2003). Important values for school-aged children and youth: A preliminary report. Valdosta, GA: Valdosta State University. Retrieved on December 2003

Kementerian Penddikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajendran, N.S. & Ee, A.M. (1988) Pendidikan Moral untuk bakal guru. Kuala Lumpur : Longman.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

 drabdshatar