Sunday 24 February 2013

Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Moral


Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivitiaktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

(a) Struktur dan Organisasi

(i) Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral.

(ii) Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

(iii) Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar.

(iv) Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

(b) Tujuan Panitia

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan Moral bagi pencapaian matlamatnya:

(i) Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

(iii) Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

(iv) Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Moral dengan persatuan-persatuan yang lain.

(a) Senarai Tugasan

(i) Ketua Panitia
·         Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun.
·         Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
·         Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.
·         Membuat sasaran peratusan kelulusan.
·         Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
·         Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
·         Mempengerusikan mesyuarat panitia.
·         Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
·         Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.
·         Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panitia.

(ii) Setiausaha Panitia

·         Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
·         Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
·         Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
·         Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
·         Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia atau mewakili ketua panitia Moral bila diperlukan.

(iii) Bendahari Panitia

·         Mengendalikan kewangan panitia.
·         Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panitia.
·         Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun.
·         Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.

(iv) Ahli-ahli Panitia (Guru Pendidikan Moral)    
        ·         Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia.
        ·         Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan    
               Moral.
        ·         Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panitia.
        ·         Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.
        ·         Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum 
               menyediakan kertas soalan.
        ·         Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.
        ·         Merekodkan merkah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan.
      ·         Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.
        ·         Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.
       ·      Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau 
            negeri) bila diwajibkan.

(b) Peranan Panitia Pendidikan Moral

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

(i) Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
(ii) Menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun.
(iii) Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak Huraian Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
(iv) Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid untuk dibekalkan i Pusat Sumber Sekolah.
(v) Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta menubuhkan Bank Soalan.
(vi) Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil langkah  langkah untuk mengatasi kelemahankelemahan pengajaran dan pembelajaran.
(vii) Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan perjumpaan-perjumpaan secara `ad hoc' bila diperlukan.
(viii) Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
(ix) Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
(x) Bekerja sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)


Pengenalan
  • Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari.
  • Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.
  • Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’ dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk.
  • Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Senarai Sub-sub Topik:
  1. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral
  2. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain
  3. Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
  4. Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral
  5. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral
  6. CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
    Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:
    • Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)
      • Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
      • Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
    • Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards)
      • Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti tingkahlaku pelajar.
      • Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
    • Judgmental appraisal
      • Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar.
    • KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
      • Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana:
        • penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai peringkat perkembangan moral
        • kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku.
        • Pengaruh negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika.
      • EMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
        • Dua komponen perlu disediakan:
          • tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar
          • rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang menjalani penilaian tingkah laku moral
        • FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
          • Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama
            • masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai
            • masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan
            • masa untuk menilai respon pelajar

Pembinaan Item Aspek Afektif (Emosi Moral)


PENGENALAN
  • Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar.
  • Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif.
  • Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
  • Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles skills’
David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
Tahap Ciri-ciri 
Penerimaan
‘Receiving/Attending’ 
  • Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran fenomena atau stimuli yang tertentu
  • Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang wujud
  • Terbahagi kepada 3 tahap:
    • sedar tentang fenomena yang wujud
    • bersedia untuk menerima fenomena
    • memberi perhatian kepada fenomena
Bergerakbalas
‘Responding’ 
  • Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada menyedari tentang fenomena yang wujud
  • Pelajar melibatkan diri secara aktif 
Penilaian
‘Valuing’  
  • Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang pelajar
  • Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang bersesuaian – untuk menilai nilai yang hendak dinilai
Pengurusan 
  • Semasa pelajar ‘internalize values’, mereka berhadapan dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh diguna.
  • Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan. (certain values exercise greater control).
Perwatakan berdasarkan nilai
(Characterization by a value or value complex) 
  • Pada tahap yang paling tinggi ini, ‘internalization’ telah mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai yang tertentu.
PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
  1. Self-report assessment devicesAnderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar.
  2. Inventori Likert
    • Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
    • Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
    • Contoh pilihan: Ya, Tidak
    • Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju
    • Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif (Penaakulan Moral)


Pengenalan
  • Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
  • Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.
Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik.
Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif
  • Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
  • Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujukhttp://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran Ujian Bertulis
Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang kognitif 
Contoh soalan 
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. 
Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia. 
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari.
Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan  masalah yang berkaitan. 
Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul? 
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ………………
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. 
Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?
PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS
  • Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
  • Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
  • Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
UJIAN SUBJEKTIF
  • Ujian esei
  • Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
  • Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan
  • Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri
  • Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)
JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
  • Jenis respons terhad
    • mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
    • contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
  • Jenis respons lanjutan
    • mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
    • contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan jenis respons terhad ada:
  •  Soalan berstruktur
    • satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu
    • jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
  • Soalan berpandu
    • mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain
    • pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis gerak balas lanjutan
  • soalan jenis perbicaraan
  • memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis
  • sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi
  • menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
  • Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. 
    Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan  tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran soalan subjektif
  • Skop jawapan soalan terlalu luas
  • Soalan yang menimbulkan perbalahan
  • Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
  • Soalan terlalu mudah
  • Soalan yang kurang jelas
Panduan menggubal soalan subjektif  bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
  • Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P
  • Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
  • Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
  • Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
  • Ciri keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
  • Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah


Pengenalan:
  • Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah  merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
  • Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:
  • Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
  • Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p  untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid.
  • Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
  • Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
    • tujuan penilaian
    • bidang yang dinilai
    • calon yang hendak dinilai
    • teknik yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
  • Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
  • Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
  • Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Konsep Penilaian


Pendahuluan

  • Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
  • Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
  • Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu:
    1. Penilaian Formatif
    2. Penilaian Sumatif
Penilaian Formatif
  • Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
  • Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
  • Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif
  • Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
  • Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
  • Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran
  • Merancang dan mengubah suai pengajaran
  • Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta
Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral
  • Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
  • Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan.
  • Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Wednesday 6 February 2013

ELM 3103: Tugasan Projek


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS-PROJEK

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)




Kursus:

ELM 3103
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
DI SEKOLAH


Tempoh:

Tarikh Mula:  4 Feb 2013

Tarikh Serahan: 15 Mac 2013


Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Tahun/ Semester:


LIMA

Kumpulan:

PISMP SEMESTER 5


Disediakan oleh:

PUAN SUZANA BINTI HARUN


Disahkan oleh:


Penyelaras Kursus


Ketua Jabatan

Nama &
Tandatangan





Tarikh:






INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN                              :  JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
MATA PELAJARAN             :  PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
KUMPULAN                          :  PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER                           :  LIMA


Tarikh Mula

4 Feb 2013

Tarikh Hantar


15 Mac 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan 
    Moral. 
2. Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal    
    dalam Pendidikan Moral. 
3. Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah. 
4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan 
    aspirasi negara.


  Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1  dan 2


Objektif  Projek:


Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1.  Menjelaskan pentaksiran formal dan tidak formal. 
2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral KBSR. 
3. Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal. 
4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

  
                      Spesifikasi Tugasan


TAJUK         

TUGASAN

WAJARAN

CATATAN

1.    Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal daan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.






2.    Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral Tahun 4/5/6.

 3.  Membina instrumen pentaksiran dan item pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.





1.    Esei pendek:
Huraian mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.

2.    Banding beza antara penilaian formal dan tidak formal menggunakan borang pengurusan grafik ’Peta Buih Berganda’ (i-THINK).

3.    Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral Tahun 4/5/6 bagi penyediaan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

4.    Membina instrumen pentaksiran dan item pentaksiran berdasarkan item yang telah disenaraikan.


5.    Penulisan refleksi
-       Kebolehan menganalisis pengalaman yang dilalui  semasa penulisan esei dan pembinaan instrument serta item pentaksiran.
-       Pengetahuan baharu yang tercapai.




30%




      10%




      20%



      20%






      20%



Kriteria penilaian keseluruhan
-  Kandungan
-  - Perbincangan kritikal dan   reflektif
-  - Persembahan
-  - Organisasi
-  - Bahasa
  - Rujukan dan bahan-bahan  sokongan


Komitmen
- - Menunjukkan kesungguhan  dan penglibatan penuh dalam tugasan.

- - Mempunyai sumber rujukan terkini dan penulisan  mengikut format yang betul.


Refleksi
- Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan yang bermutu.





INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
 TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)

NAMA PELAJAR  :






KOD DAN NAMA KURSUS  : 
ELM 3103
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH





SEMESTER  : LIMA



TARIKH MULA
4 FEBRUARI 2013
TARIKH HANTAR
 15 MAC 2013




Hasil Pembelajaran Kursus:

  1. Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
  1. Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral. 
  1. Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah. 
  1. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara. 
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2

  
Objektif  Projek:


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Menjelaskan pentaksiran formal dan tidak formal. 
  1. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 
  1. Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal. 
  1. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

 Tugasan Projek (100%)

Pentaksiran merupakan satu  proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu proses pendidikan dapat diuji melalui pentaksiran formal dan tidak formal.

Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :
  1. Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.
  2. Membuat banding beza antara pentaksiran formal dan tidak formal menggunakan borang pengurusan grafik ’Peta Buih Berganda’ (i-THINK).
  3. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral Tahun 4/5/6 bagi penyediaan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
  4. Membina instrumen pentaksiran dan item pentaksiran formal dan tidak formal berdasarkan jenis-jenis instrumen yang berikut:
i.        Objektif (soalan mestilah mengikut aras Taksonomi Bloom iaitu sebanyak 6 soalan).
ii.     Subjektif ( 4 soalan)
iii.   Pemerhatian
iv.   Arahan tugasan berkaitan hasil kerja murid.
  1. Menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda menganalisis  pengalaman yang dilalui bagi menyiapkan tugasan projek ini. 


Panduan Pelaksanaan Projek
1.    Tugasan ini ialah tugasan  individu .
2.    Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.    Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
3.1   Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
3.2   Font Arial.
3.3   Saiz huruf  - 11
3.4   Langkau 1.5 baris
3.5   Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
4.    Panjang esei adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat
5.    Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6.    Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7.    Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.


Tugasan yang baik harus menunjukkan criteria yang berikut:

  1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
  2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah  anda hendaklah dikemukakan.
  3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
  4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
  5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.  
  
Tugasan disediakan oleh,                                                     Disemak oleh,

(PN. SUZANA BT. HARUN)                                               (HJ. MHD. SAID BIN IBRAHIM)
 Pensyarah ELM3103                                                            Pensyarah Kanan (SME)
                                                                                        
 Disahkan oleh,

(HJ. MOHAMMAD TAJUDDIN BIN SIDEK)
 Ketua Jabatan JAPIM



RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER : 5

TAJUK KURSUS : (ELM 3103) PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Skala
Deskriptor


Amat Cemerlang

90 - 100
Kandungan
  • Menunjukan pengetahuan yang sangat luas dan menyeluruh dan terkini
  • Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

Perbincangan Kritikal & Reflektif
  • Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan
  • Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukan keupayaan membincangkan penyelidikan terkini yang berkaitan
  • Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
  • Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan

Organisasi
  • Organisasi maklumat yang cemerlang
  • Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik
  • Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan cemerlang


Bahasa
  • Sangat lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai luas dan bersesuaian
  • Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan.
  • Ejaan betul
  • Sebutan jelas dan betul

Kemahiran Merujuk
  • Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber
  • Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association( APA) serta konvension penulisan akademik
  • Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai


Cemerlang

80 - 89
Kandungan
  • Menunjukan pengetahuan yang  menyeluruh dan terkini
  • Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluasan tugasan.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
  • Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan
  • Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukan adanya keupayaan membincangkan penyelidikan
  • Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
  • Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik

Organisasi
  • Organisasi maklumat yang baik
  • Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian
  • Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan baiknya
Bahasa
  • lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian
  • Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan.
  • Sedikit kesilapan ejaan
  • Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain/loghat

Kemahiran Merujuk
  • Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber
  • Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association( APA) serta konvension penulisan akademik
  • Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai



Kepujian

65- 79
Kandungan
  • Menunjukan pengetahuan yang memuaskan.
  • Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
  • Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan
  • Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian
  •  Wujud elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian,ada menunjukan keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
  • Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan

Organisasi
  • Organisasi maklumat yang memuaskan
  • Struktur ada tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian lain
  • Terdapat unsur pengulangan idea
  • Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan memuaskan
Bahasa
  • Agak lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian
  • Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan. Walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian
  • Kesalahan ejaan ketara
  • Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain/loghat ketara

Kemahiran Merujuk
  • Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang memuaskan
  • Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the American Psychological Association( APA) serta konvension penulisan akademik
  • Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan


Lulus

50 - 64
Kandungan
  • Menunjukan pengetahuan yang berkaitan yang terhad.
  • Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
  • Perbincangan menunjukan pemahaman konseptual yang terhad
  • Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan
  • Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensintesis
  • Kurang mencungkil pemikiran pembaca

Organisasi
  • Organisasi maklumat yang kurang memuaskan
  • Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas
  • Pengurusan dan perlaksaan aktiviti yang kurang memuaskan


Bahasa
  • Keseluruhan kurang lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang terhad
  • Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan
  • Kesalahan ejaan yang sangat ketara
  • Sering kali terdapat sebutanyang salah

Kemahiran Merujuk
  • Hanya beberapa rujukan yang relevan
  • Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati  Publication Manual of the American Psychological Association( APA) serta konvension penulisan akademik
  • Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad



Gagal

0 – 49

Kandungan
  • Menunjukan Pengetahuan berkaitan yang sangat lemah.
  • Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
  • Jelas menunjukan tiada pemahaman konsep
  • Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan
  • Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis
  • Kurang mencungkil pemikiran pembaca

Organisasi
  • Organisasi maklumat yang lemah
  • Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas
  • Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti


Bahasa
  • Keseluruhan tidak lancar, penggunaan perbendaharaan kata amat terhad
  • Seringkali penyampaian tidak difahami
  • Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan
  • Kesalahan ejaan yang sangat ketara
  • Sebahagian besar sebutan salah

Kemahiran Merujuk
  • Kurang atau hampir tiada rujukan
  • Tiada menepati  Publication Manual of the American Psychological Association( APA) serta konvension penulisan akademik
  • Kurang atau hampir tiada bahan sokongan