Wednesday 26 February 2014

Pendekatan PdP Pendidikan Moral

PENGENALAN
Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran formal dalam KBSR dan KBSM. Oleh itu, guru mata pelajaran tersebut hendaklah mengetahui tentang pendekatan-pendekatan pendidikan moral yang sedia ada. Setakat yang diketahui belum ada dalam negara kita sesuatu pendekatan yang dirangka khusus untuk mata pelajaran moral seperti yang terdapat di Amerika Syarikat dan Great Britain. Namun begitu, kertas kerja ini boleh dianggap sebagai satu bahan sumber rujukan beberapa pendekatan pendidikan moral yang boleh diubahsuai untuk keperluan sekolah-sekolah di Malaysia.
Berikut adalah beberapa pendekatan pendidikan moral yang akan dibentang dalam kertas kerja ini:
 1.       Pemupukan Nilai
2.       Bertimbang Rasa
3.       Perkembangan Moral Kognitif
4.   Penjelasan Nilai
5.   Pembinaan Rasional
  
1.       PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI
 1.1    RASIONAL
Dalam pendekatan pemupukan nilai, sesuatu set nilai moral akan diajar secara langsung kepada pelajar. Nilai-nilai ini dianggap tetap dan sarwarjagat dalam sesuatu masyarakat dan patut diamalkan oleh setiap ahli masyarakat untuk menjamin kesinabungan budaya hidup masyarakat. Dari segi psikologi, ada pelajar yang belum bersedia membuat pertimbangan moral yang rasional iaitu mereka yang masih memerlukan pemupukan nilai.
1.2    STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran-pembelajaran pemupukan nilai tidak seharusnya dikaitkan dengan indoktrinasi. Pada amnya, indoktrinasi bermaksud pembentukan sesuatu kepercayaan atau doktrin tanpa mengambilkira pemikiran rasional. Kepercayaan yang disampaikan kepada pelajar mungkin benar dan terbukti mungkin tidak. Tetapi menurut Barrow pemupukan nilai dengan memberikan justifikasi adalah wajar dalam pengajaran moral, dan Hare pula berpendapat bahawa strategi pemupukan nilai tidak semestinya akan menyekat kebolehan pelajar berfikir.

Ini bermaksud bahawa dalam strategi pemupukan nilai, guru pendidikan moral akan mengajar sesuatu nilai moral secara langsung, tetapi hendaklah memberikan justifikasi mengapa nilai itu patut dihayati. Taksonomi Objektif Pendidikan Krathwohl dalam domain afektif boleh digunakan sebagai garis panduan bagi pendekatan pemupukan nilai.

Strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

  1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.
  2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.
  3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.
  4. Memilih teknik-teknik pengajaran-pembelajaran yang sesuai untuk:
a.       meningkatkan tingkah laku yang bermoral
b.       mengajar tingkah laku moral yang baru
c.        mengukuhkan tingkah laku yang bermoral
d.       mengurangkan tingkah laku yang tidak bermoral.
  1. Melaksanakan pengajaran-pembelajaran dalam kelas.
  2. Menilai pengajaran-pembelajaran.

1.3    TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Berbagai teknik pengajaran-pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan pemupukan nilai. Untuk membolehkan pelajar menghayati sesuatu nilai, maka dicadangkan bahawa teknik yang dipilih adalah berpusat kepada pelajar seperti main peranan, permainan simulasi, nyanyian dan lawatan.

1.4    KESIMPULAN

Pendekatan pemupukan nilai pada amnya lebih sesuai untuk pengajaran pendidikan moral di sekolah rendah (KBSR). Ini kerana tujuan utamanya ialah pembentukan tabiat yang bermoral di kalangan murid-murid. Objektif am ini masih dikekalkan dalam sukatan pelajaran pendidikan moral KBSM dan pendekatan pemupukan dikira masih relevan dan sesuai khususnya untuk peringkat sekolah menengah rendah. Namun begitu, pelajar digalakkan memikir dan meneliti isu-isu moral yang relevan dalam kehidupannya secara rasional. Untuk perkembangan pertimbangan moral yang rasional tentang sesuatu isu moral yang merupakan satu lagi objektif pendidikan moral KBSM, maka pendekatan lain boleh ditimbangkan.

2.       PENDEKATAN BERTIMBANG RASA
 2.1    RASIONAL
 Pendekatan bertimbang rasa lebih menegaskan kepada pembelajaran bertimbang rasa ‘caring atau considerateness’) daripada membuat pertimbangan (‘judging’). Pendekatan bertimbang rasa dikemukakan oleh Peter McPhail dan rakan-rakan dalam Schools Moral Education Curriculum Project dari Bratain. Mereka berpendapat bahawa pendidikan moral tidak seharusnya diperkecilkan kepada menganalisis peraturan dan isbat moral. Pendidikan moral patut berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain di mana bertimbang rasa kepada keperluan perasaan dan kepentingan orang lain diutamakan.

Rasional ini adalah berdasarkan kepada suatu kajian intensif yang telah dijalankan oleh McPhail dan rakan-rakan tentang keperluan-keperluan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. Pada amnya, menurut McPhail golongan remaja berpendapat bahawa kelakuan yang baik ialah bertimbang rasa kepada orang lain, kerana kelakuan ini boleh memberi kepuasan kepada orang yang bertindak sedemikian.

2.2    STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
 McPhail juga telah menghasilkan beberapa buah buku panduan guru dan tiga set bahan pengajaran untuk sekolah menengah yang dikenali sebagai ‘Lifeline’. Objektif ‘Lifeline’ ialah menggalakkan pemerhatian dan pemahaman semua ‘cues’ (verbal atau bukan verbal) yang menandakan keperluan, minat dan perasaan orang lain. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan. Sebenarnya selain daripada itu perkembangan pengetahuan yang saintifik dan yang sesuai dengan pemahaman individu tentang kesan sesuatu tindakan terhasil juga. Dalam kata lain, penaakulan dan pengetahuan dalam sesuatu situasi moral adalah aspek-aspek sampingan yang penting juga dalam strategi ini.

Situasi-situasi yang terdapat dalam ‘In Other People’s Shoes’ menggambarkan perhubungan seorang individu dengan orang lain di rumah, sekolah dan kawasan perumahannya. Situas-situasi dalam set ini adalah situasi yang dialami oleh golongan remaja. Situasi-situasi yang diberikan dalam ‘Proving the Rule’ adalah mengenai tekanan dan konflik dalam perhubungan peribadi, kumpulan sebaya dan masalah autoriti.
Pendek kata, strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan bertimbang rasa menumpukan kepada pemahaman tingkah laku seorang diri sendiri dan kesan-kesannya kepada orang lain.

2.3    TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
 Teknik-teknik pengajaran-pembelajaran pendekatan bertimbang rasa yang dicadangkan oleh McPhail adalah main peranan, mime, karangan kreatif, perbincangan, lukisan, dialog, bercerita dan kajian.

2.4    KESIMPULAN

Pendekatan bertimbang rasa mempunyai bahan pengajaran-pembelajaran yang membolehkan para pelajar mempelajari cara hidup yang bertimbang rasa. Namun begitu, pendekatan ini mempunyai kesulitan. Menurut Abdul Rahman Aroff bertimbang rasa tidak boleh dijadikan prinsip tunggal bagi kemoralan dan matlamat tunggal bagi pendidikan moral. Prinsip-prinsip moral keadilan dan integriti kesemuanya perlu diambil kira dalam pendidikan moral.

3         PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF
 3.1    RASIONAL
 Pendekatan perkembangan moral kognitif berfokus kepada merangsang penaakulan moral pelajar melalui beberapa peringkat. Yang menjadi asas bagi pendekatan ini ialah struktur pendidikan moral melalui enam peringkat yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg. Satu kajian yang meluas melibatkan beberapa kebudayaan dan mengambil masa selama lebih kurang 12 tahun telah dijalankan oleh Kohlberg. Dia merumuskan bahawa struktur pamikiran moral seorang individu adalah berperingkat-peringkat dan dalam susunan yang sama tanpa mengira jantina dan kebudayaan.
Strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
1.       kemukakan dilema yang sebenar
2.       beberapa siri dilema alternatif untuk digunakan jika dilema sebenar gagal untuk 
menimbulkan kontroversi.
3.       Menyediakan satu senarai soalan rangsangan (probe questions).

ATAU

1.       Persembahan dan pemahaman dilema moral.
2.       Menyatakan pendapat dan justifikasinya.
3.       Menilai sebab-sebab yang dikemukakan.

4.       Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.

4. PENJELASAN NILAI

 4.1 Rasional

Pendekatan penjelasan nilai bertujuan membina dan membentuk kesedaran seseorang pelajar ke atas set nilai-nilainya serta nilai-nilai orang lain. Dengan ini, pelajar dapat mengurangkan kekeliruan nilai-nilai dan memperkembangkan satu set nilai yang kukuh. Untuk mencapai matlamat ini, pelajar perlu membuat penjelasan nilai melalui pemikiran rasional dan kesedaran emosi.

4.2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Penjelasan nilai melibatkan proses sempurna kendiri yang mengandungi tujuh sub-proses seperti berikut:

I       Memilih                      : 1. Secara bebas
                                              2. dari berbagai-bagai pilihan yang sedia ada
                                              3. selepas menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan

II      Menghargai                : 4. nilai-nilai diri sendiri dan menganggapnya penting dalam kehidupan                              5. menerimanya secara terbuka

III    Mengamal                  :  6. mengikut pilihan diri sendiri
                                              7. secara berulang-ulang dalam kehidupannya

Dalam pendekatan ini, guru bertindak sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Guru dikehendaki menerima segala jawapan yang diberikan oleh pelajarnya. Dia tidak akan membuat sebarang pertimbangannya walaupun dia tidak bersetuju dengan pilihan pelajar tersebut. Dengan demikian pelajar diberi kebebasan dan peluang untuk membina set nilai diri sendiri. Dengan itu, pelajar akan lebih menghargai pilihannya jika dibanding sesuatu yang dipaksakan kepadanya.

4.3 Teknik Pengajaran-Pembelajaran


Berbagai teknik pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan penjelasan nilai. Antaranya ialah perbincangan kumpulan, kerja kumpulan atau individu, dilema moral, permainan simulasi, nyanyian, lukisan, temu ramah, pilihan nilai, susun atur pilihan nilai dan lembaran kerja nilai.

4.4 Kesimpulan


Penjelasan nilai didapati mudah digunakan dengan cara terbuka dan jujur. Guru dapat mengelakkan indoktrinasi dan menggalakan pelajar memikirkan dan memilih nilai yang dihargai secara bebas. Namun begitu, kesulitan akan timbul jika pelajar membuat sesuatu pilihan yang mungkin bertentangan dengan nilai masyarakat. Contohnya mencuri barang kerana lapar. Pendekatan penjelasan nilai adalah relevan kepada pengajaran pendidikan moral kerana ia dapat diperkembangkan moral peribadi serta moral autonomi seseorang pelajar. Namun untuk mengatasi kelemahan-kelemahan model ini, guru perlulah membimbing pelajar menimbang secara rasional serta menimbulkan kesedaran emosi ke atas setiap pilihan sebelum dia membuat keputusan. Tambahan pula, ianya boleh digabungjalinkan dengan pendekatan yang lain seperti analisis nilai, khususnya dalam penyelesaian nilai-nilai yang berkonflik.

 5. PEMBINAAN RASIONAL

5.1 Rasional

 Dalam negara yang demokratik, seperti Malaysia pelajar perlu memahami konsep ‘nilai’ dan ‘demokrasi’ serta dapat mengenal pasti nilai-nilai yang diperlukan untuk kewarganegaraan demokratik. Sesuatu nilai perlu dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan yang tertentu tetapi juga berkaitan dengan nilai-nilai yang lain. Ini adalah atas alasan bahawa sesuatu nilai biasanya ada kaitan dengan nilai yang lain. Contohnya antara nilai kebebasan dan hormat-menghormati. Berlandaskan kepada keadaan ini, maka amatlah penting bagi seorang pelajar mengetahui cara menimbangkan nilai-nilai yang berkonflik dalam sesuatu situasi tertentu yang melibatkan pilihan. Tambahan pula, pelajar perlu menyedari tenteng nilai-nilai diri sendiri serta kesan-kesannya antara satu sama lain.

5.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

 Berikut adalah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional dapat digunakan:

1.      Mengenal pasti dan menjelaskan nilai-nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu sama lain.
2.      Membuat generalisasi dengan mengaitkan konsep nilai yang difahami olehnya dengan konsep nilai yang diterima oleh masyarakat umum yang demokratik.
3.      Menimbangkan implikasi-implikasi dan kesan-kesan yang mungkin timbul berlandaskan kepada keputusan moralnya dalam sesuatu situasi moral yang berkonflik.
4.      Membuat keputusan yang munasabah dengan menyatakan kriteria atau prinsip di mana sesuatu nilai diberikan keutamaan daripada nilai yang lain dalam sesuatu situasi nilai yang berkonflik.
5.      Memupuk penglibatan diri dengan secara emosi (aspek afektif) sama ada melalui teladan atau pengukuhan tingkah laku kepada keunggulan demokrasi.

5.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

 Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan adalah perbincangan situasi moral yang berkonflik, perbahasan, pidato, kerja projek atau kajian, forum dan seminar.

 5.4 Kesimpulan


Fokus pendekatan  pembinaan rasional kepada pemahaman konsep-konsep nilai dan demokrasi telah memberikan satu gambaran yang penting kepada pendidikan moral dalam sistem demokrasi. Walaupun model ini cuba menggabungkan aspek afektif dan kognitif dalam perkembangan moral, ianya tidak begitu nyata bagaimana seseorang guru boleh melakukan.


Sunday 16 February 2014

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS-PROJEK

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)


Kursus:

ELM 3103: Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

Tempoh: 4 minggu

Tarikh Mula:  17 Februari 2014 Tarikh Hantar: 

17 Mac 2014

Program:

PISMP

Semester/ Tahun

1/ 2014

Ambilan

Januari 2012

Kumpulan:

TESL1/ TESL2/ BT

Disediakan oleh:

Dr. ABD. SHATAR BIN CHE ABD. RAHMAN

Disahkan oleh:

Penyelaras Kursus

Ketua Jabatan

Nama &Tandatangan

  

Tarikh:

  

 





INSTITUT PENDIDIKAN GURU 

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK


 JABATAN                              : PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


MATA PELAJARAN             : ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN                         

                                                MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

KUMPULAN                          : PISMP AMBILAN JANUARI 2012 (TESL1/ TESL2/ BT)


SEMESTER                           : LIMA 
Tarikh Mula
17 Februari 2014
Tarikh Hantar
17 Mac 2014
 

Hasil Pembelajaran Kursus:

 1. Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
2. Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
3. Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara.  

 Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1  dan 2 

Objektif  Projek:

 Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:1.  Menjelaskan pentaksiran formal dan tidak formal.
2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral KBSR.
3. Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal.
4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.



                         Spesifikasi Tugasan

TOPIK         

TUGASAN

WAJARAN

CATATAN
Tugasan 1

  .     1. Pentaksiran formal daan tidak
         formal dalam Pendidikan Moral  
.         KBSR.
      
2. Masalah yang dihadapi dalam
   pentaksiran formal dan tidak formal  
   dalam Pendidikan Moral. 
3. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)  
           Pendidikan Moral Tahun 5/6.

        4. Instrumen pentaksiran 
           formal dan tidak formal dalam  
.         Pendidikan Moral KBSR.




















Tugasan 2

  .     1. Pentaksiran formal daan tidak
.         formal dalam Pendidikan Moral      KBSR.
.   
2. Masalah yang dihadapi dalam
   pentaksiran formal dan tidak formal  
   dalam Pendidikan Moral. 

      3. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)  
           Pendidikan Moral Tahun 5/6.

    .  4. Instrumen pentaksiran 
.      formal dan tidak formal dalam  .      Pendidikan Moral KBSR.


.   1. Penulisan Esei
-  Meninjau beberapa literatur mengenai 
    pentaksiran formal dan tidak
    formal dalam Pendidikan Moral KBSR.
-  Analisis persamaan dan perbezaan 
   antara pentaksiran formal KBSR dan
   Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR 
   menggunakan borang pengurusan
   grafik ’Peta Buih Berganda’ (i-THINK).
-  Menghuraikan masalah-masalah yang
  dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak
  formal dalam Pendidikan Moral. 
      -   Membina Jadual Spesifikasi Ujian
         (JSU) Pendidikan Moral Tahun 5/6  
         bagi penyediaan soalan Peperiksaan
         Pertengahan Tahun.
-  Membina instrumen pentaksiran
   pentaksiran formal dan tidak formal 
   dalam Pendidikan Moral KBSR berdasarkan
   JSU, iaitu;
     i. 3 soalan aneka pilihan yang 
        berbeza aras.
    ii. 3 soalan subjektif.
    iii. 5 soalan temubual.
    iv. 5 item senarai semak.
Menulis refleksi pengalaman yang dilalui   
   semasa penulisan esei. serta pengetahuan  
   baharu yang diperoleh.
-  Panjang esei ialah 2500 patah
   perkataan (+/- 15 muka surat).



2. Kuiz

-       5 soalan aneka pilihan
-       2 soalan struktur.
-       1 soalan esei
(Dilaksanakan pada:
(26 Feb. 2014.)
   


      80%




































20%




Kriteria Pengukuran:
-       Liputan dan Kandungan
-       Kualiti reviu
-       Persembahan
-       Organisasi
-        Bahasa
-       Rujukan dan bahan-bahan  
                  sokongan

Komitmen:
-   -Menunjukkan kesungguhan  dan penglibatan penuh dalam tugasan.
-       -Berusaha mencari pelbagai  sumber rujukan terkini
-   Penulisan  mengikut format yang betul.       (APA style).
Refleksi
-       Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi yang bermutu.










Kriteria Pentaksiran:
Berdasarkan skema pemarkahan.

  


 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PROJEK 
TAJUK PROGRAM :
PISMP ambilan januari 2012 –  TESL1/ TESL2/ BT
NAMA PELAJAR  :

  


KOD DAN NAMA KURSUS  : 
ELM 3103: Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah




Semester: 5







 
TARIKH MULA

17 Februari 2014
TARIKH HANTAR
17 Mac 2014
 


Hasil Pembelajaran Kursus: 1.            Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
2.            Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan  Moral.
3.            Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
4.            Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara.
 
 


Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2    Objektif  Projek: 


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1.            Menjelaskan pentaksiran formal dan tidak formal dalam KBSR..
2.            Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
3.            Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal.
4.           
Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan. 


 Tugasan Projek (100%) 


Pentaksiran merupakan satu  proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu proses pendidikan dapat diuji melalui pentaksiran formal dan tidak formal. 


Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :


1.            Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.2..        Membuat banding beza antara pentaksiran formal KBSR dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR   
menggunakan borang pengurusan grafik ’Peta Buih Berganda’ (i-THINK).3.         Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral Tahun 5/6 bagi penyediaan soalan Peperiksaan
Pertengahan Tahun.4.         Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal seperti berikut:                        i.        Objektif (soalan mestilah mengikut aras Taksonomi Bloom iaitu sebanyak                                             3 
soalan).

                        ii.     Subjektif ( 3 soalan)

                       iii.   Temubual (5 soalan)                       iv.   Senarai semak pemerhatian (5 item)
5.            Menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman
anda menganalisis  pengalaman yang dilalui bagi menyiapkan tugasan projek ini. Panduan Pelaksanaan Projek1.    Tugasan ini ialah tugasan  individu .2.    Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3.    Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:3.1   Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.3.2   Font Arial.3.3   Saiz huruf  - 113.4   Langkau 1.5 baris3.5   Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA style).4.    Panjang esei adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat5.    Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.6.    Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.7.    Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %. 


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1.            Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2.            Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah  anda hendaklah dikemukakan.3.            Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.4.            Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.5.            Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.  
  Disediakan oleh,                                                  Disemak oleh,                                                 Disahkan oleh,
 (Dr. ABD. SHATAR CHE ABD. RAHMAN)   (HEGRETUL AL-AMIN SAHBUDIN)        
 Pensyarah Cemerlang                                       Ketua Unit Moral  (SME)           


Disahkan oleh,

(JAMALUDDIN ADAM)                    

Ketua Jabatan JAPIM


          RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER : 5

TAJUK KURSUS : (ELM 3103) PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
 
Skala
Deskriptor


Amat Cemerlang

90 - 100
Kandungan
·                     Menunjukan pengetahuan yang sangat luas dan menyeluruh dan terkini
·                     Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

Perbincangan Kritikal & Reflektif
·                     Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan
·                     Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukan keupayaan membincangkan penyelidikan terkini yang berkaitan
·                     Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
·                     Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan

Organisasi
·                     Organisasi maklumat yang cemerlang
·                     Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik
·                     Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan cemerlang

Bahasa
·                     Sangat lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai luas dan bersesuaian
·                     Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan.
·                     Ejaan betul
·                     Sebutan jelas dan betul
Kemahiran Merujuk
·                     Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber
·                     Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association( APA style) serta konvension penulisan akademik
·                     Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai

Cemerlang

80 - 89
Kandungan
·                     Menunjukan pengetahuan yang  menyeluruh dan terkini
·                     Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluasan tugasan.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
·                     Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan
·                     Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukan adanya keupayaan membincangkan penyelidikan
·                     Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
·                     Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik

Organisasi
·                     Organisasi maklumat yang baik
·                     Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian
·                     Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan baiknya

Bahasa
·                     lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang luas dan bersesuaian
·                     Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan.
·                     Sedikit kesilapan ejaan
·                     Sebutan betul walaupun terdapat sedikit pengaruh bahasa lain/loghat



Kemahiran Merujuk
·                     Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber
·                     Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association( APA style) serta konvension penulisan akademik
·                     Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang amat sesuai


Kepujian

65- 79
Kandungan
·                     Menunjukan pengetahuan yang memuaskan.
·                     Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
·                     Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan
·                     Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan penyelidikan tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian
·                      Wujud elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian,ada menunjukan keupayaan menganalisis dan mensintesis berserta kesimpulan yang menyeluruh
·                     Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan

Organisasi
·                     Organisasi maklumat yang memuaskan
·                     Struktur ada tetapi kurang jelas. Sebahagian isi sahaja dalam sesuatu bahagian yang dikaitkan dengan bahagian lain
·                     Terdapat unsur pengulangan idea
·                     Pengurusan aktiviti dilaksanakaan dengan memuaskan
Bahasa
·                     Agak lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian
·                     Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan. Walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian
·                     Kesalahan ejaan ketara
·                     Sebutan betul tetapi pengaruh bahasa lain/loghat ketara


Kemahiran Merujuk
·                     Rujukan yang relevan dan menunjukan bacaan yang memuaskan
·                     Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the American Psychological Association( APA style) serta konvension penulisan akademik
·                     Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang memuaskan

Lulus

50 - 64
Kandungan
·                     Menunjukan pengetahuan yang berkaitan yang terhad.
·                     Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
·                     Perbincangan menunjukan pemahaman konseptual yang terhad
·                     Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan
·                     Perbincangan terhad, kurang kritis, kurang keupayaan menganalisis dan mensintesis
·                     Kurang mencungkil pemikiran pembaca

Organisasi
·                     Organisasi maklumat yang kurang memuaskan
·                     Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas
·                     Pengurusan dan perlaksaan aktiviti yang kurang memuaskan


Bahasa
·                     Keseluruhan kurang lancar, penggunaan perbendaharaan kata yang terhad
·                     Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan
·                     Kesalahan ejaan yang sangat ketara
·                     Sering kali terdapat kesalahan berulang.

Kemahiran Merujuk
·                     Hanya beberapa rujukan yang relevan
·                     Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati  Publication Manual of the American Psychological Association( APA style) serta konvension penulisan akademik
·                     Hasil disertakan dengan bahan sokongan yang terhad


Gagal

0 – 49
Kandungan
·                     Menunjukan Pengetahuan berkaitan yang sangat lemah.
·                     Kandungan tidak lengkap.

Perbincangan Kritikal & Reflektif
·                     Jelas menunjukan tiada pemahaman konsep
·                     Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan penyelidikan
·                     Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis
·                     Kurang mencungkil pemikiran pembaca

Organisasi
·                     Organisasi maklumat yang lemah
·                     Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas
·                     Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti

Bahasa
·                     Keseluruhan tidak lancar, penggunaan perbendaharaan kata amat terhad
·                     Seringkali penyampaian tidak difahami
·                     Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan
·                     Kesalahan ejaan yang sangat ketara
·                     Sebahagian besar sebutan salah

Kemahiran Merujuk
·                     Kurang atau hampir tiada rujukan
·                     Tiada menepati  Publication Manual of the American Psychological Association( APA style) serta konvension penulisan akademik
·                     Kurang atau hampir tiada bahan sokongan