Saturday, 8 September 2012

Saturday, 1 September 2012

PELAKSANAAN P & p


Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran

1. Permulaan pengajaran
- menarik perhatian murid terhadap perkara
 yang hendak diajar.
- menimbulkan minat murid
- menggalakkan pernyertaan murid
- mengaitkan dengan PSA
- memberitahu apa yang akan diajar.

2. Perkembangan Pengajaran
- penyampaian isi pelajaran mestilah teratur
- kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid
- mempelbagaikan aktiviti mengikut
kebolehan murid
- menepati hasil pembelajaran

3. Pengurusan bilik darjah
- mewujudkan persekiran pembelajaran yang
 kondusif
- kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas

4. Komunikasi
- lantang
- kuat
- jelas
- nada dan intonasi pelbagai
- suara menarik
- peka dengan bahasa murid
- bahasa standard

5. Kualiti Pembelajaran
- penglibatan murid aktif
- penglibatan menyeluruh
- ada menunjukkan perubahan tingkah laku
- menunjukkan murid faham apa yang diajar
- murid reponsif terhadap pelajaran
6. Penutup
- penutup kognitif( menarik perhatian
murid kepada apa yang telah dipelajari,
membuat peneguhan)
- penutup sosial - membina rasa pencapaian
- rasa menguasai pembelajaran.
7. Pencapaian Hasil Pembelajaran
- pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti pp yang dilaksanakan.

8.  Aplikasi nilai
- diterapkan dengan baik
- berkesan
- mengikut kesesuaian masa

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN... nota penting



Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuannya adalah untuk;
  • Menjamin pencapaian objektif.
  • Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.


Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

1.             Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
2.             Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
3.             Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
4.             Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
5.             Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
6.             Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
7.             Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
8.             Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran

Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:
            -eksplisit
            -tepat
            -jelas
            -sesuai dengan kebolehan murid
            -sesuai dengan sukatan pelajaran

2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
·                     Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
·                     Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
·                     Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Membaca dengan kuat 1 petikan ‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.

A – Audiens                  - murid

B – Behaviour               - membaca dengan kuat

C – Content                   - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree                   - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul

S – Sosial                                 - individu


Contoh 2:

Pada akhir pelajaran murid dapat:

2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.

A – Audiens                  - murid

B – Behaviour               - menyatakan

C – Content                   - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree                   - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul.

S – Sosial                                 - secara individu, kumpulan dan kelas.


Contoh 3 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan
menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.

A – Audiens                  - murid

B – Behaviour               - membina ayat secara bertulis

C – Content                   - peribahasa yang disediakan

D – Degree                   - 4 ayat mudah

S – Sosial                                 - secara individu.

Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)

Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan


Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan


Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar

Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan

Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk

Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
menilai

BAHAN BANTU MENGAJAR,,, sambungan


Penggunaan Perisian Grafik: Power Point

Power Point ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertask kerja denga cara yang lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya, pergerakan dan bunyi.

Kelebihan Power Point
a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.
b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.
c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.
d) Dapat melahirkan animasi slaid.
e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.

Kelemahan Power Point
a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid.
b) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.
c) Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.
d) Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar

Kelemahan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
·                     Penyalahgunaan komputer di kalangan masyarakat termasuk golongan pelajar kerana sukar untu dikawal. Contoh: penyebaran unsur lucah di Internet.
·                     Apabila pelajar mendapati apa yang mereka perlukan tidak terdapat dalam PBK, pembelajaran yang berjalan akan menjadi pasif dan membosankan.
·                     Pelajar tidak mempunyai pilihan lain selain dari terpaksa melihat dan mempelajari apa yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini menyebabkan pelajar hilang kebolehan membaca dan berfikir.

BAHAN BANTU MENGAJAR


Definisi Bahan Bantu Mengajar

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik
 · BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer
 · BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik
Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket computer

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar
Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

a) Dapat membantu dalam pengajaran yang berkesan
b) Memperbagaikan pendekatan pengajaran
c) Menyampaikan ssesuatu konsep daengan jelas
d) Penyampaian dan penerangan maklumat lebih terperinci
e) Memusatkan perhataian pelajar
f) Menjimatkan masa
g) Memberi suatu pengalaman baru kepada pelajar
h) Melahirkan interaksi dan kerjasaman amntara pelajar dengan guru dan pelajar dengan guru
i) Melahirkan dorongan daya kreativiti kepada palajar dan guru

Prinsip Penggunaan BBM

a) Pelbagaikan bahan supaya deria pelajar terlibat secalara langsung dalam pengajarn dan pembelajaran. Pelbagai bahan yang meliputi pelbagai jenis dan bentuk akan memberi
§ Pengalaman langsung
§ Pengalaman rekaan
§ Pengalaman dramatik
§ Pengalaman demonstrasi
§ Pengalaman pameran

b) Kualiti BBM sesuai dengan pengajaran dah tahap pelajar
c) Kecekapan penggunaan BBM supaya pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan
d) Kesessuaian alataan dengan pelajar
e) Pemilihan bahan sesuai dengan pencapaian pelajar dan memberi faedah kepada semua pelajar
f) Harus menilai penggunaan bahan
g) Mengandungi nilai muris dan bahasa yang sesuai