Friday, 11 January 2013

Jadual Spesifikasi Ujian (contoh)

Sila layari laman sesawang di bawah untuk akses maklumat contoh JSU.

http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa/muat-turun-jadual-spesifikasi-ujian-jsu-2012.html

Pengujian, Pengukuran & Penilaian


Pengujian
•       proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
•       “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori” (Cronbach, 1970)
•       Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2).

Pengukuran
•       “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”.
•       Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. 
•       Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah”.

Penilaian
•       Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
•       Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.
•       Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”.
•       Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Saturday, 5 January 2013


ELM: 3103: SOALAN ISL DAN TAJUK TUTORIAL
MINGGU
TAJUK TUTORIAL
SOALAN ISL
1
Penerangan dan perbincangan- Pengenalan kepada jenis bahan-bahan mentah
Sediakan sepuluh soalan objektif dan bina Jadual Spesifikasi ujian

2
Bincangkan contoh – contoh instrumen Formal berdasarkan kriteria aras lemah,sederhana dan tinggi.

Sediakan tiga contoh soalan objektif  berdasarkan aras rendah, sederhana dan tinggi. 
3
Bincangkan contoh – contoh instrumen tidak formal berdasarkan kriteria aras lemah, sederhana dan tinggi
Sediakan tiga contoh soalan  subjektif berdasarkan aras rendah, sederhana dan tinggi.
4
Menghubung
kaitkan  pentaksiran formal dan tidak formal dalam bentuk grafik

Terangkan hubungkaitan ciri-ciri formal dan tidak formal
5
Menghubung
kaitkan pentaksiran formal dan tidak formal dalam bentuk grafik
Sediakan grafik yang membezakan ciri-ciri formal dan tidak formal
6
Bincang dan memberi contoh jenis-jenis instrument tidak formal
Membentangkan grafik yang membezakan ciri-ciri formal dan tidak formal

7
Menghubung
kaitkan pentaksiran formal dan tidak formal dalam bentuk grafik

Bentangkan grafik yang membezakan ciri-ciri formal dan tidak formal

8
Bincangkan cadangan-cadangan untuk mengatasi atau memperbaiki permasalahan penilaian fromal dan tidak formal
Sediakan lima cadangan untuk penambahbaikan permasalahan yang dihadapi dalam penilaian formal dan tidak formal

9
Pelajar membentangkan hasil rubrik bagi Peperiksaan Pendidikan Moral Tahun Lima

Sediakan satu rubrik dalam kumpulan lima orang dan bentangkan dan dibincangkan dalam tutorial

10
Pelajar diminta menyediakan  dan bentangkan carta aliran kerja Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Moral

Sediakan carta aliran kerja Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Moral.

11
Berdasarkan salah satu bidang pembelajaran pendidikan moral KBSR sediakan sumber yang sesuai dan jelaskan kepentingannya

Nyatakan jenis-jenis sumber yang boleh daplikasikan dalam Sub bidang pembelajaran yang dipilih

12
Berdasarkan pengalaman pelajar membentangkan suatu aktiviti moral yang telah dijalankan di luar sekolah

Sediakan refleksi aktiviti moral yang pernah dijalankan
13
Berdasarkan peta minda huraikan intipati falsafah pendidikan kebangsaan.

Sediakan hasil dapatan dalam peta minda

14
Berdasarkan peta minda huraikan cara-cara mencapai hasrat Rukunegara

Sediakan hasil dapatan dalam peta minda

15
Membentangkan laporan awal pelaksanaan dan penambahbaikan program sebelum program dilaksanakan.

Menyediakan refleksi secara keseluruhan

Sediakan laporan lengkap mengikut Ketua AJK bagi setiap Biro yang dilantik

drabdshatar

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Moral)

Nama Kursus
Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah
(Evaluation and Management of Moral Education Subject in School)
Kod Kursus
ELM 3103
Kredit
3 (3+0)
Jam kontak
45 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
2.    Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral.
3.    Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
4.    Mengenalpasti peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara.
Sinopsis
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk menjalankan pentaksiran Pendidikan Moral secara formal dan tidak formal; isu-isu dalam pentaksiran Pendidikan Moral; pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral: tanggungjawab guru moral dalam merealisasikan aspirasi negara.

In this course, students will learn how to carry out the assessment of Moral Education in primary school level; issues faced in assessment of Moral Education; the manangement of Moral Education as a subject in primary schools; the role of moral education teachers in fulfilling the country’s aspirations.


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah
  • Pentaksiran secara formal.
-       Jenis-jenis penilaian formal
-       Jadual Spesfikasi Ujian
  • Pentaksiran secara tidak formal.
-       Jenis-jenis pentaksiran tidak formal
5
2
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
  • Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal.
-       Objektif
-       Subjektif
  • Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal.
-       Pemerhatian
-       Temubual
-       Hasil kerja murid
-       Senarai semak
-       Rekod Anekdot
15
3
Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral
  • Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal.
  • Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.
  • Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
5
4
Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah
·         Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.
·         Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.
·         Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.
·         Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar sekolah.
10
5
Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
·         Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-          Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-          Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
·         Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara.
-          Intipati Rukunegara.
-          Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Rukunegara.
·         Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020.
-          Intipati Wawasan 2020.
-          Peranan dan tanggung jawab guru Pendidkan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020.
·         Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.
-          Intipati kod etika perguruan.
-          Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan kod etika perguruan.
10
Jumlah
45

Pentaksiran
Kerja Kursus                  50 %
Peperiksaan Akhir         50 %
Rujukan
Asas
Black, H. & Broadfoot, P. (1982). Keeping track of teaching: Assessment in the modern classroom. London: Routledge & Kegan Paul.

Bloom, B.S. et al. Dalam Mohd. Zainuddin Hashim. (1984). (Terj). Taksonomi objektif pendidikan buku pedoman 2: Domain afektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Khoo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Rujukan
Tambahan
Hinman, L.M. (2000). Contemporary Moral issues: Diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Inman, S., Buck, M. & Burke, H. (Eds) (1998). Assessing personal and social development: Measuring the unmeasurable. Great Britain: Biddles Ltd.

Kirschenbaum, H. (1994). 100 ways to enhance values and morality in schools and youth settings. Boston: Allyn and Bacon

Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3rd ed). USA: Wadsworth Publishing Company.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.
drabdshatar

Saturday, 8 September 2012

Pengajaran Mikro

PISMP SEM 4 (2012):

P&P seterusnya adalah berkaitan tajuk Pengajaran Mikro dan Mikro. Disertakan URL berkaitan tajuk Pengajaran Mikro untuk rujukan:

Tugasan PISMP SEM. 4 (TESL 1):
1. Sila baca nota Pengajaran Mikro.
2. Dengan menggunakan RPH (kunpulan 6 orang), buat persediaan untuk `Pengajaran Mikro'.
3. Tentukan setiap ahli kumpulan mengajar kemahiran atau langkah P&P yang berbeza.
4. Aplikasi dan rakaman akan dibuat bermula 20 September 2012.
Terima kasih.

Sila click URL di bawah;
https://docs.google.com/open?id=1mA75758pXfTCYfRJ5HUVD71EP0j4l6x6nmA7fa7rGSvjcth4bhH8Wd4FhqkM




drabdshatar

Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman (
2007)
Tesis Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya Sebagai Memenuhi
Keperluan Untuk Ijazah
Doktor Falsafah

ABSTRAK
Pengetahuan Kandungan dan Pedagogi Guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah


Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pengetahuan pedagogikal kandungan guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat di sebuah sekolah ke arah pembinaan model insan menyeluruh. Aspek utama yang diteroka adalah tentang pengetahuan kandungan dan pedagogi dengan menyelidiki kefahaman peserta kajian mengenai Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula, cara mereka membuat transformasi ke dalam rancangan pelajaran dan amalan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah kajian kes secara kualitatif. Seramai 3 orang guru Pendidikan Moral  telah dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Bagi mencapai objektif kajian, pengutipan data telah dilakukan melalui temu bual, pemerhatian pengajaran serta pengumpulan dan penganalisisan dokumen yang berlangsung selama 4 bulan (Januari-April 2004). Temu bual utama diadakan dua kali di samping temubual pra dan pos-pengajaran. Temu bual pertama dijalankan bertujuan untuk mengetahui latar belakang peserta kajian dan kefahaman mereka tentang HSP. Manakala temu bual kedua merupakan respons peserta kajian terhadap soalan berkaitan dengan 12 vignet. Semua vignet itu dibentuk berdasarkan isu-isu atau episod sebenar yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran. Temu bual pra dan pos-pengajaran pula diadakan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu pengajaran yang dibuat pemerhatian. Temu bual tersebut telah dirakam secara audio manakala pemerhatian pengajaran pula dibuat catatan lapangan berserta rakaman audio. Rakaman video juga dilakukan untuk dua pemerhatian pengajaran terakhir. Dalam analisis peringkat awal, semua rakaman audio dan video telah dibuat transkrip. Semua data tersebut kemudiannya dianalisis dengan bantuan komputer menggunakan perisian TextSTAT version 1.52 untuk mendapatkan kekerapan. Analisis data pada peringkat akhir pula dijalankan secara manual berpandukan tema-tema yang dibentuk daripada persoalan kajian. Dapatan penting kajian ini menunjukkan semua peserta kajian mempunyai pengetahuan kandungan dan pedagogi yang minimum dari segi kefahaman, transformasi dan amalan pengajaran. Dari segi kefahaman, dapatan menunjukkan mereka kurang memahami nilai-nilai serta keliru dengan tajuk pengajaran, isi pelajaran dan hasil pembelajaran. Mereka juga tidak mengetahui tentang pendekatan khusus dan pelbagai teknik yang dicadangkan dalam HSP. Proses transformasi ke dalam rancangan pelajaran juga didapati ada kesilapan apabila nilai dicatatkan sebagai tajuk pelajaran. Selain itu, pernyataan objektif dan pemilihan teknik pengajaran hanya bertumpu kepada dimensi pengetahuan moral. Amalan pengajaran pula menunjukkan semua peserta kajian lebih menekankan  huraian nilai sebagai isi pelajaran. Dapatan juga menunjukkan tiada pendekatan pengajaran khusus digunakan di samping aplikasi teknik yang menumpukan pengajaran sehala menyebabkan fokus kepada dimensi perasaan moral dan tingkah laku moral diabaikan. Implikasi daripada kegagalan guru menguasai pengetahuan pedagogikal kandungan menyebabkan pembinaan model insan menyeluruh tidak dapat direalisasikan dan tinggal hanya sebagai retorik sahaja. Oleh itu, amat perlu diwujudkan keselarasan antara perubahan atau semakan kurikulum dengan memberi  pendedahan kepada semua guru yang terlibat. Ini mestilah melibatkan kedua-dua domain pengetahuan iaitu pengetahuan kandungan dan pedagogi.


ABSTRACT
The Content and Pedagogical Knowledge of Form Four Moral Teachers’ in a School

The purpose of this study, which is to examine the pedagogical content knowledge of Form Four Moral Teachers’ in a school towards creating the whole child model. The main aspect which would be explored is the content and pedagogical knowledge through inquired of the participant’s understanding of the changes made in form four moral syllabus specification (called Huraian Sukatan Pelajaran or HSP), method used to transform to the lesson plan and application in teaching in the classroom. This is a qualitative research case study. Three moral teachers were choose through purposive sampling as participants. To obtain the objectives of the research, collecting of the data was done through interviews, observation of teaching and even collecting and analyzing documents for 4 months (January – April 2004). The main interview was held twice, besides pra and post-teaching interview. The first interview was done to inquire the background of the participants and their understanding of the HSP. The second interview however is to get the response of the participant towards questions regarding the 12 vignettes. All the vignettes were based on issues or real episodes of occurrences during the teaching and learning process. Pra and post-teaching interview was held to obtain more information regarding a lesson through observation. This interview was audio recorded while the observation of lesson was done by note-taking along with audio recording. The video recording, for the two observations were done at the end of the lesson. Through the first phase of all analysis, the audio and video recording were transcribed. All the data were then analyzed using TextSTAT version 1.52 computer software to  obtain the frequency. The analysis of the data during the last phase was done manually based on the themes, which was formed by the research questions. The main result of this study shows all participants have minimized understanding of the content and pedagogical knowledge, transforming and the teaching process itself. Apart from understanding, the result shows that they did not completely understand the values and even confused with the topic of teaching, the content of topic and the result of learning. They did not know about the special approaches and techniques used by which they made mistakes when the values were written as the topic of the HSP. Besides, the explicit objective and chosen techniques for teaching only focused on the dimension of moral knowledge. The habit of teaching shows that all participants are emphasizing values as the content of topic. The result also shows that no special approaches are used besides the application technique, which focused only one-way teaching. This resulted in the focus of dimensional moral feeling and attitude of moral being ignored. Implication from teachers who failed to master the pedagogical content knowledge affected the achievement of building up a whole child model which cannot be reached and was left  as rhetoric. Therefore, it is vital to establish equality between changes or the revising of curriculum by providing exposure to all teachers. It is necessary to involve both domains of knowledge, which are the content and pedagogical knowledge. 

Tesis Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman


Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman (2007)
Tesis Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya Sebagai Memenuhi
Keperluan Untuk Ijazah
Doktor Falsafah



Untuk mendapatkan tesis penuh, sila click URL di bawah;

dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/427/1/Tesis Dr. Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman.pdf