PENTAKSIRAN KERJA KURSUS-PROJEK
(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)
Kursus:
|
ELM3104
ISU-ISU MORAL DAN CABARAN
PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
|
Tempoh:
|
Tarikh
Mula: 8 Julai 2013
Tarikh Serahan:16 Ogos 2013
|
|
Program:
|
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
|
Tahun/
Semester:
|
ENAM
|
|
Kumpulan:
|
PISMP
SEMESTER 6
|
|||
Disediakan oleh:
|
PUAN
SUZANA BINTI HARUN
|
|||
Disahkan oleh:
|
Penyelaras Kursus
|
Ketua Jabatan
|
||
Nama &
Tandatangan
|
|
|
||
Tarikh:
|
|
|
||
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK
JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
MATA PELAJARAN : ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN
NILAI-NILAI MURNI
KUMPULAN : PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER : ENAM
Tarikh Mula
|
8 Julai 2013
|
Tarikh Hantar
|
16 Ogos 2013
|
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Mengenalpasti
isu-isu moral di peringkat tempatan dan global yang menyebabkan keruntuhan
akhlak.
2. Menghubungkait
proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam menangani masalah
moral.
3. Menghayati
sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4.
Menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai
murni.
Kerja
kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3
Objektif Projek:
Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:
1. Menjalankan kajian lapangan dan membina instrumen bagi kajian lapangan
tersebut.
2. Menemubual
seorang tokoh moral serta menganalisis peranan tokoh
tersebut dalam menangani isu moral.
3. Merangka
kertas kerja bagi pelaksanaan membanteras isu moral di sekolah.
4. Menghasilkan
satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.
TAJUK
|
TUGASAN
|
WAJARAN
|
CATATAN
|
1. Masalah-masalah Moral di Sekolah.
2. Isu-isu Moral Tempatan
3. Isu-isu
Moral Peringkat Global.
|
1.
Esei pendek:
- Membuat esei bagi mengenalpasti isu moral di sekolah.
- Membuat kajian lapangan serta mengumpul data tentang
isu moral yang berlaku di sekolah.
2.
Menyediakan satu kertas cadangan bagi melaksanakan program membanteras
isu moral di sekolah.
3. Menemubual seorang tokoh moral yang berada di sekolah.
4.
Penulisan refleksi
-
Kebolehan menganalisis pengalaman
yang dilalui semasa penulisan esei dan
pembinaan instrumen serta item pentaksiran.
-
Pengetahuan baharu yang tercapai.
|
30%
30%
20%
20%
|
Kriteria
penilaian keseluruhan
- Kandungan
- - Perbincangan kritikal dan reflektif
-
- Persembahan
-
- Organisasi
-
- Bahasa
- Rujukan dan bahan-bahan sokongan
Komitmen
- - Menunjukkan
kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan.
- - Mempunyai
sumber rujukan terkini dan penulisan mengikut format yang betul.berdasarkan APA
Style.
Refleksi
-
Menunjukkan keupayaan pemikiran
reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan yang bermutu.
|
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU
AMPUAN AFZAN
TUGASAN PROJEK
TAJUK
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)
|
|
NAMA
PELAJAR :
|
|||
|
|
|
|
||
KOD DAN NAMA KURSUS :
ELM3104
ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
|
|
SEMESTER : ENAM
|
|||
|
|
|
|||
TARIKH
MULA
|
8 JULAI
2013
|
TARIKH
HANTAR
|
16
SEPTEMBER 2013
|
||
|
|
|
|||
Hasil Pembelajaran
Kursus:
Mengenalpasti isu-isu moral di
peringkat tempatan dan global yang menyebabkan keruntuhan akhlak.
2. Menghubungkait
proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam menangani masalah
moral.
3. Menghayati
sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4. Menerangkan kesan elemen-elemen
yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil
pembelajaran 1,2 dan 3
Objektif Projek:
Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:
1. Membuat kajian lapangan dan membina instrumen bagi kajian lapangan
tersebut.
2. Menemubual seorang tokoh moral dan menganalisis peranan tokoh tersebut
dalam menanganani isu moral di sekolah.
3. Merangka kertas kerja bagi pelaksanaan membanteras isu moral di sekolah.
4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.
Tugasan Projek
(100%)
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan, kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama,tradisi dan
adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini
membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Berdasarkan
penyataan di atas para pelajar dikehendaki :
1. Menulis esei lengkap
mengenai isu moral di sekolah dengan membuat kajian lapangan serta mengumpul
data tentang isu
moral
yang berlaku di sekolah. (30%)
2. Menyediakan
satu kertas cadangan bagi melaksanakan program membanteras isu moral di
sekolah. (30%)
3. Menemubual seorang tokoh
moral yang berada di sekolah serta menganalisis peranan tokoh moral tersebut
dalam menangani isu moral di sekolah. (20%0
4. Menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas.
Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda menganalisis pengalaman yang dilalui bagi menyiapkan
tugasan projek ini. (20%)
Panduan
Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini ialah tugasan individu .
2.
Anda boleh
bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
3.1 Muka
depan hendaklah mengikut templat terkini.
3.2 Font Arial.
3.3 Saiz
huruf - 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association).
4. Panjang esei adalah antara 2500 hingga 3000 patah
perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan
perkataan.
6.
Amalan
plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7.
Tugasan ini
membawa markah 100% dan wajaran 50 %.
Tugasan yang
baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:
- Liputan
isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
- Bukti-bukti
dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
- Keseluruhan
isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
- Format
dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
- Penulisan
tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.