Saturday 13 July 2013


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS-PROJEK

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) 



Kursus:

ELM3104
ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI


Tempoh:

Tarikh Mula: 8 Julai 2013

Tarikh Serahan:16 Ogos 2013


Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Tahun/ Semester:


ENAM

Kumpulan:

PISMP SEMESTER 6


Disediakan oleh:

PUAN SUZANA BINTI HARUN


Disahkan oleh:


Penyelaras Kursus


Ketua Jabatan

Nama &
Tandatangan






Tarikh:





  
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN                                 :  JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
MATA PELAJARAN                  :  ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
KUMPULAN                              :  PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER                              :  ENAM


Tarikh Mula

8 Julai 2013

Tarikh Hantar


16 Ogos 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1.     Mengenalpasti isu-isu moral di peringkat tempatan dan global yang menyebabkan keruntuhan akhlak.
2.     Menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam menangani masalah moral.
3.     Menghayati sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4.   Menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni.


Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3


Objektif  Projek:


Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:
1.            Menjalankan kajian lapangan dan membina instrumen bagi kajian lapangan tersebut.  

2.      Menemubual seorang tokoh moral serta menganalisis peranan tokoh tersebut dalam menangani isu moral.

3.      Merangka kertas kerja bagi pelaksanaan membanteras isu moral di sekolah.

4.      Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.



Spesifikasi Tugasan


TAJUK         

TUGASAN

WAJARAN

CATATAN

1.     Masalah-masalah Moral di Sekolah.

2.     Isu-isu Moral Tempatan

3.    Isu-isu Moral Peringkat Global.





1.     Esei pendek:
-       Membuat esei bagi mengenalpasti isu moral di sekolah.
-       Membuat kajian lapangan serta mengumpul data tentang isu moral yang berlaku di sekolah.

2.     Menyediakan satu kertas cadangan bagi melaksanakan program membanteras isu moral di sekolah.

3.     Menemubual seorang tokoh moral yang berada di sekolah. 

4.     Penulisan refleksi
-       Kebolehan menganalisis pengalaman yang dilalui  semasa penulisan esei dan pembinaan instrumen serta item pentaksiran.
-       Pengetahuan baharu yang tercapai. 


30%




     
30%



20% 


20%










Kriteria penilaian keseluruhan
- Kandungan
-  - Perbincangan kritikal dan reflektif
-  - Persembahan
-  - Organisasi
-  - Bahasa
  - Rujukan dan bahan-bahan sokongan

Komitmen
- - Menunjukkan kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan.

- - Mempunyai sumber rujukan terkini dan penulisan mengikut format yang betul.berdasarkan APA Style.

Refleksi
-  Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan yang bermutu.



                                                                                                                                                  

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)

NAMA PELAJAR  :






KOD DAN NAMA KURSUS  :
ELM3104
ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI





SEMESTER  : ENAM



TARIKH MULA
8 JULAI 2013
TARIKH HANTAR
16 SEPTEMBER 2013





Hasil Pembelajaran Kursus:

Mengenalpasti isu-isu moral di peringkat tempatan dan global yang menyebabkan keruntuhan akhlak.
2.     Menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam menangani masalah moral.
3.     Menghayati sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai individu.
4.   Menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni.


Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3
  

Objektif  Projek:

Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1. Membuat kajian lapangan dan membina instrumen bagi kajian lapangan tersebut.  

2. Menemubual seorang tokoh moral dan menganalisis peranan tokoh tersebut dalam menanganani isu moral di sekolah.

3. Merangka kertas kerja bagi pelaksanaan membanteras isu moral di sekolah.

4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.


Tugasan Projek (100%)
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan, kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama,tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :

1.    Menulis esei lengkap mengenai isu moral di sekolah dengan membuat kajian lapangan serta mengumpul data tentang isu
            moral yang berlaku di sekolah. (30%)

2.     Menyediakan satu kertas cadangan bagi melaksanakan program membanteras isu moral di sekolah. (30%)


3.     Menemubual seorang tokoh moral yang berada di sekolah serta menganalisis peranan tokoh moral tersebut dalam menangani isu moral di sekolah. (20%0

4.    Menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda menganalisis  pengalaman yang dilalui bagi menyiapkan tugasan projek ini. (20%)


Panduan Pelaksanaan Projek
1.    Tugasan ini ialah tugasan  individu .
2.    Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.    Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
3.1    Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
3.2  Font Arial.
3.3    Saiz huruf  - 11
3.4   Langkau 1.5 baris
3.5   Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
4.    Panjang esei adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat
5.    Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6.    Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7.    Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

  1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
  2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
  3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
  4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
  5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.