Monday 14 April 2014

Kajian 2014

                                Aplikasi iTHINK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral semasa praktikum

Abd. Shatar Che Abd. Rahman, PhD
Hegretul Al-Amin Sahbudin
(IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)


Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneliti penggunaan iTHINK sebagai salah satu Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang disyorkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 7 yang menjalani praktikum fasa 3 selama 12 minggu bermula Januari hingga April 2014. Tumpuan diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran elektif bagi semua peserta kajian. Data dikumpul melalui analisis Buku Persediaan Mengajar, pemerhatian pengajaran dan pembelajaran serta temubual. Semua data dianalisis secara manual dengan mengunakan  kaedah `tematik` iaitu menentukan tema dan kategori terlebih dahulu berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian telah menggunakan iTHINK  sebagai salah satu EMK seperti yang disarankan dalam KSSR. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati mereka hanya  menggunakan alat berfikir tertentu secara terpilih dan kurang menepati dari segi pemilihan alat berfikir dan kaedah penggunaannnya. Mereka juga tidak dapat mewujudkan suasana PdP yang interaktif  dan kurang berperanan sebagai fasilitator.



Kata kunci: iTHINK, Elemen Merentas Kurikulum, alat berfikir