Sunday 27 October 2013

ELM 3104: SOALAN TUTORIAL & ISL

BIL/ MINGGU
TUTORIAL
ISL
1
·  Bincangkan satu daripada kesan fenomena permasalahan di sekolah.

Sediakan sepuluh artikel secara skrap berkaitan dengan isu permasalahan di sekolah melalui pelabagai sumber


2
·  Bincangkan satu daripada kesan fenomena permasalahan di sekolah.

Sediakan sepuluh artikel secara skrap berkaitan dengan isu permasalahan di sekolah melalui pelabagai sumber

3
·     Banding bezakan kes moral tempatan dahulu dan sekarang disertai dengan punca dalam bentuk grafik

Sediakan grafik yang membezakan di antara kes moral tempatan dahulu dan sekarang melalui pelbagai sumber

4
Bincangkan cadangan-cadangan untuk mengatasi atau memperbaiki permasalahan isu moral tempatan
·  Sediakan lima cadangan untuk penambahbaikan permasalahan yang dihadapi dalam isu moral tempatan mengikut kumpulan.

5
·  Pelajar membentangkan salah satu isu yang dipilih berkaitan dengan masalah moral global.

·                    Sediakan satu bahan berkaitan isu moral global dalam kumpulan lima orang dan bentangkan dan dibincangkan dalam tutorial

6
Pelajar diminta menyediakan  dan bentangkan isu moral global yang berkaitan.

·     Sediakan satu isu moral global dengan pelbagai sumber dalam kumpulan lima orang serta bentang semasa tutorial


7
·  Berdasarkan salah satu bidang agen sosialisi jelaskan kepentingannya

·  Nyatakan jenis-jenis sumber agen yang boleh diaplikasikan dalam proses perubahan sosialisi melalui pelbagai sumber

8
Berdasarkan pengalaman pelajar membentangkan suatu aktiviti oleh agens sosiaisasil yang telah dijalankan
·   Sediakan aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh salah satu agensi sosialisasi dan bentangkan dalam tutorial

9
·  Membincangkan tokoh keluarga dan kaitkan dengan perkembangan  serta kesannya kepada individu, bangsa dan negara

·   Analisiskan suatu tokoh yang menjadi role model dan kesannya kepada individu, bangsa dan negara

10
· Membincangkan tokoh moral tempatan dan antarabangsan kaitkan dengan perkembangan  serta kesannya kepada individu, bangsa dan negara


·  Sediakan hasil dapatan dalam peta minda

11
· Bincang dan bentangkan elemen yang mempengaruhi penghayatan nilai murni di sekolah dan persekitaran komuniti
   .

Sediakan refleksi amalan penghayatan nilai murni serta cabaran melalui pelbagai sumber
12
· Bincang dan bentangkan elemen yang mempengaruhi penghayatan nilai murni di sekolah dan persekitaran komuniti

Sediakan refleksi amalan penghayatan nilai murni serta cabaran melalui pelbagai sumber

Tuesday 15 October 2013

Elemen-Elemen yang Mencabar Penghayatan dan Amali Nilai-Nilai Murni

1.0 Pendahuluan

            Usaha untuk membina tamadun manusia memerlukan satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan spiritual dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee: “agama adalah nadi dan inti kehidupan”. Ia adalah cahaya penerang jiwa dan manusia tidak lepas dari agama. Idealogi-idealogi tidak mampu menjadi alternatif kepada agama, kerana idealogi memberi sifat finatiksime dan kebencian. Sedangkan agama memberi kita rasa cinta dan kerja sama.Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru untuk membina tamadun manusia mestilah dalam seluruh program pembangunannya tidak mengabaikan nilai akhlak. 
            Jester itu, elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni perlu diketahui agar dapat disediakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan nilai dan akhlak remaja kita berada pada tahap yang sepatutnya dan boleh dibanggakan pada masa akan datang. Daripada pelbagai elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni, saya memilih untuk mengupas elemen kebendaan, elemen sikap tidak bertanggungjawab, elemen media massa, elemen pembangunan daripada aspek sosio-ekonomi dan elemen keruntuhan institutsi kekeluargaan.
  

2.0 Kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni

Pertama adalah daripada aspek elemen mementingkan kebendaan. Mementingkan kebendaan adalah antara elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya yang menyebut kemusnahan sesuatu tamadun ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan...... Dalam arus perdana yang semakin membangun pada hari ini, negara kita semakin bergerak untuk mencapai ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, ibu bapa akan semakin mementingkan kebendaan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin tinggi. Sikap yang menjurus ke arah materialistik ini memberi kesan yang kurang baik terhadap anak-anak mereka.
Sebagai contoh, seorang guru pendidikan jasmani lelaki yang telah berkeluarga bertugas di sekolah pada sebelah paginya. Kemudian, pada sebelah petang, guru tersebut menjadi jurulatih berbayar sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf kelab. Pada sebelah malamnya pula, dia menjadi jurulatih badminton di sebuah pusat latihan badminton yang dimiliki oleh swasta. Guru tersebut melakukan semua itu semata-mata untuk mendapatkan duit atas pelbagai sebab. Antara sebab yang mungkin menjadi pendorong kepada guru tersebut menjalani rutin harian sedemikian rupa ialah untuk mendapatkan wang yang lebih, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa atau untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Dengan rutin sedemikian rupa, di manakah masa guru tersebut untuk anak-anaknya? Apabila balik pada lewat malam, guru tersebut telah keletihan dan perlu berehat kerana perlu mengajar pada keesokan harinya. Besar kemungkinan, anak-anaknya pada waktu tersebut telah tidur. Bilakah masa yang dimilki oleh guru tersebut untuk bersosial bersama anak-anaknya ?  
Guru tersebut sebagai bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang memberi didikan agama dan akhlak yang baik kepada anak-anaknya kerana sibuk mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anaknya menjadi mangsa kerakusan guru tersebut mengejar kebendaan. kesannya kepada anak-anak adalah amat besar kerana tanpa didikan agama yang cukup sewaktu kecil, mereka akan semakin sukar untuk dibentuk apabila sudah mencapai usia remaja. Inilah yang menyumbang kepada masalah-masalah sosial semasa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Apabila sudah sampai ke tahap akhlak moral yang kronik, siapakah yang harus dipersalahkan ?

Sikap terlalu mengejar kebendaan ini juga memberi kesan kepada institusi kejiranan. Apabila terlalu sibuk sehingga perlu pulang pada lewat malam, bilakah masa yang ada untuk berkenalan dan bersosial bersama dengan jiran di sebelah rumah dan rukun tetangga yang lain? Pembangunan pesat bandar-bandar di Malaysia telah melebarkan kawasan penempatan. Kemungkinan 15 tahun yang akan datang penduduk di bandar akan meningkat lebih banyak kesan daripada dasar kerajaan yang hendak menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Perubahan ini sedang berlaku sedikit demi sedikit dari utara hingga ke selatan. Kawasan bandar ini telah mengubah corak tradisional masyarakat kampung kepada metropolitan yang memberi kesan terhadap pengaruh politik, pembangunan fizial dan pengenalan sosial. Contoh yang mudah ialah struktur rumah di bandar sangat berbeza dengan kampung iaitu pembinaan rumah sangat rapat dan tidak ada ruangan yang mencukupi untuk interaksi sosial di kalangan keluarga di luar rumah. Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak remaja secara amnya. “Keperluan material yang ditumbuhkan setiap hari secara beransur-ansur semakin membesar menyebabkan manusia menjadi penyembah konsumsi”                                   
(Ali Shariati, 1980)
  
Kedua adalah daripada aspek sikap yang tidak bertanggungjawab.Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi pengajarannya semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar sekolah. Guru ini telah meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat dinanti-nantikan oleh murid-muridnya. Daripada aspek guru pelatih pula, guru pelatih tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah dan asyik berdolak-dalik apabila ditanya bila mahu menghantar tugasan. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana hanya mahu berseronok dan lupa bahawa sebagai guru pelatih, tanggungjawab yang utama ialah belajar dan menyiapkan tugasan.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti menconteng kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon awam dan merosakkan apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi lumrah dalam masalah-masalah moral remaja sekolah.
Kesan sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan nilai moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak ansur. Orang yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap bertanggungjawab hanya akan membawa keburukan kepada individu.

Ketiga adalah kesan daripada aspek media massa. Media massa merupakan medium kepada akses ke dunia luar. Media massa melalui media cetak dan media elektronik memainkan peranan penting dalam menghubungkan individu ke dunia global. Pembentukan akhlak masyarakat menghadapi cabaran dari pengaruh media-massa yang memberi kesan negatif kepada akhlak masyarakat, khususnya golongan remaja. Dengan bermotifkan keuntungan, sesetengah media massa seolah-olah tidak menghiraukan langsung bahawa program-program, tulisan, rancangan-rancangan yang disajikan dan bahan-bahan yang dipaparkan kepada golongan massa membawa wujudnya sikap hedonisme, budaya permissive atau kebebasan yang bercanggah dengan agama dan budaya masyarakat.
Iklan-iklan yang disiarkan langsung tidak menggambarkan budaya masyarakat ketimuran tetapi lebih mempromosikan nilai hidup Barat yang serba bebas. Filem-filem yang ditayangkan ada kalanya lebih mempromosi budaya Barat dari mengangkat martabat akal, keilmuan dan kemanusiaan. Pengaruh media massa amat hebat sehingga banyak perlakuan golongan remaja dicorakkan oleh media massa. Budaya hip-hop, rock, punk dan lain-lain antara contoh budaya popular yang dipromosikan melalui media massa. Akibatnya golongan remaja hari semakin terhakis jati diri mereka, mengalami krisis identiti dan menjadi golongan peniru yang produktif.
Untuk membentuk masyarakat yang berakhlak, media massa haruslah berperanan bersama dengan pihak-pihak lain bagi membentuk memupuk dan mempromosikan nilai-nilai akhlak yang mulia. Pengamal media haruslah bersedia mengkritik dan mendedahkan setiap perlakuan yang menyimpang dari nilai-nilai keagamaan dan budaya masyarakat. Setiap paparan dan rancangan yang disiarkan haruslah mengambil kira kesannya kepada masyarakat sama ada jangka panjang atau pendek dan tidak hanya memikirkan keuntungan atau populariti. Mereka boleh mencontohi rancangan yang popular di Barat tetapi dalam masa yang sama ia harus bertunjangkan kepada nilai keagamaan dan budaya masyarakat negara ini serta diadun dengan kreativiti tinggi bagi menarik perhatian massa. Pihak yang berwajib hendaklah lebih tegas mengawal kemasukan dan penyebaran unsur-unsur lucah sama ada dalam bentuk CD, VCD dan lain-lain ke dalam pasaran terbuka atau gelap.

Keempat adalah kesan daripada aspek pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi. Tidak dinafikan pembangunan adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar.
Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat. Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan. Mereka yang didorong dengan motif mencari keuntungan tidak langsung peka kepada soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa tidaknya, peniaga yang dahagakan keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan prinsip moral menjual VCD lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak secara berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi pusat keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk kerajaan untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia.

Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan Islam yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi. Aspek-aspek moral dan material, ekonomi dan sosial serta spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama dalam pembangunan adalah manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui pendekatan pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya.
Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang wujud dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat yang membawa manusia menyembah kebendaan.

 Kelima adalah kesan daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.
Umum mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi keluarga. Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga. Keruntuhan akhlak masyarakat Barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga mereka yang telah gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh Ferdinand Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang mendekati titik kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970).
Kalau di Barat institusi keluarga mereka sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk melahirkan manusia yang berakhlak, bagaimana pula realiti institusi keluarga di negara ini?. Satu kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di negara ini sedang bergerak mengikut trend di Barat. Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.
Justeru itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari keseronokan di luar rumah, lebih mendampingi rakan sebaya mereka lantas dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya kes-kes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi keluarga di negara ini. Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup. Rumah tangga tidak lagi menjadi ‘syurga’ tetapi ‘neraka’ yang akhirnya melahirkan gejala sosial yang telah disebutkan.
Keharmonian rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami krisis kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya, kaki pukul dan dilanda dengan krisis moral yang lain. Apakah lelaki begini mampu mengetuai sebuah rumah tangga yang berperanan sebagai bapa dan suami bagi mendidik anak dan isterinya menjadi seorang yang berakhlak? Bagi melahirkan generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial.
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga yang mampu membentuk keperibadian manusia unggul. 
Golongan wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama pada hari ini sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan mengabaikan tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan kedua-duanya atau menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Apa pun zamannya, golongan wanita tidak boleh melupakan hakikat bahawa mereka adalah mahaguru pertama kepada anak-anaknya. Tanggungjawab mereka yang asasi adalah membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.

 3.0 Penutup
            Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan alpa tentang peri pentingnya peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam masyarakat. Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak. Kita harus mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".

 Bibliografi
1.    Ali Shariati, 1980. Marxism and other Western Fallacies. Berkeley: Mizan Press.
2.    Khurshid Ahmad, 1982. “Islam and the chellenge of economic development” dalam Islam in transition, Muslim perspectives (ed) John. J. Donohue dan John L. Esposito. New York: Oxford University Press.
3.    Muqdad Yaljan. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
4.    Hasan Mohd Ali (2000). Mendidik Anak-Anak, Kuala Lumpur: Sabha DTP Services Sdn Bhd
5.    Abdul Rahim M.Ali (2001).  Ilmu Pendidikan DPM, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
6.    Peters, P. (1987). Moral development and moral education. London: Allen &
Kegan Paul.
7.    Tam, Y.K. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tuesday 10 September 2013

Peranan Agen Moral Dalam Proses Sosialisasi Individu


Pengenalan

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Proses sosialisasi bertujuan untuk :
a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat
b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat
c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat
d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.
Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi :
a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkah
laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat.
b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran.
c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.

Norma Sosial

Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkah laku itu. Norma sosial boleh dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat bertingkah laku mengikut sesuatu situasi.
Penerimaan serta kepatuhan kepada norma sosial adalah penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Beberapa norma sosial yang diterima oleh kebanyakan masyarakat ialah seperti larangan terhadap perlakuan membunuh, merogol, mencuri
dan merompak. Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau.
Apabila sesuatu perlakuan dianggap sebagai satu norma atau bersifat normatif, kita sebenarnya menekankan hakikat bahawa perlakuan itu mematuhi atau bersesuaian dengan jangkaan dan kehendak masyarakat umumnya. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial atau bertentangan dengan harapan sebilangan besar ahli masyarakat adalah dianggap sebagai ‘penyimpangan’ atau ‘deviance’ atau ‘lencongan’. Dalam masyarakat yang menganggap keikhlasan sebagai satu standard kelakuan atau norma, maka penipuan adalah penyimpangan. Norma sosial wujud akibat dari interaksi sosial. Ia mencerminkan jangkaan dan harapan bersama mengenai tingkahlaku yang diingini dalam sesuatu kelompok. Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan penghayatan. Norma sosial bukannya sesuatu yang tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan masyarakat. Pengetahuan yang baru dan keadaan yang berubah boleh menyebabkan berkembangnya norma-norma baru.

Folkways dan mores sesuatu masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan norma sosial masyarakat tersebut. Folkways adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses sosialisasi. Folkways berbeza daripada masyarakat kepada masyarakat lain. Ia tidak dikuatkuasakan melalui undang-undang, tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal. Perbuatan yang melanggar folkways biasanya tidak dianggap sesuatu yang serius.
Mores pula merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran dari kelompok-kelompok yang berkenaan. Jadi mores adalah satu bentuk kawalan sosial. Satu contoh mores yang boleh dikatakan sejagat ialah pantang larang mengenai sumbang kadim.

Kawalan Sosial

Kawalan sosial adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu. Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal.
Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses sosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya. Kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada amaran serta ancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah laku.

 Peranan Agen-agen Sosialisasi

1.      Keluarga

Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.
Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.
Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua.

Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal lahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).
Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil bahawa dia tiada di rumah.

Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah.
Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

2.      Sekolah

Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.

3.      Rakan Sebaya

Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain kanak-kanak, satu geng, atau satu ‘clique’. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

4.      Agama

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam  

proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.

  1. Media Massa


Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.


drabdshatar