Wednesday 9 May 2012


Taoisme

Taoisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara CinaTao atau Dao("Laluan").
Istilah Taoisme merujuk kepada tiga perkara yang amat berbeza:
1.     sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi danZhuangzi;
2.     sekeluarga gerakan agama Cina yang terancang, seperti mazhab-mazhab Zhengyi ("Ortodoksi") danQuanzhen, yang pada keseluruhannya boleh dikesan sehingga Zhang Daoling pada akhir Dinasti Han; atau

Isi kandungan

  [sorokkan
·                                 1 Gambaran keseluruhan
·                                 2 Lambang Taoisme
·                                 3 Salah faham umum
o                                        3.1 Penjelasan
·                                 4 Lihat juga
·                                 5 Pautan Luar

[sunting]Gambaran keseluruhan

Disebabkan ketiga-tiga tafsiran itu yang amat berbeza, istilah "Taoisme" sering menimbulkan banyak kekeliruan. Di sebilangan negara, termasuk Malaysia, Singapura, China, dan Taiwan, istilah itu telah digunakan untuk tafsiran ketiga di atas, iaitu "agama kepercayaan orang Cina" kerana agama ini tidak mempunyai nama. Bagaimanapun, kebanyakan orang yang mengamalkan agama ini tidak mengakui gelaran "Taoisme" sebagai nama agama mereka. Tambahan pula, beberapa bentuk Taoisme yang terancang sering membezakan upacara amal mereka daripada upacara amal pengikut-pengikut agama kepercayaan orang Cina. Golongan Taoisme terancang itu bertanggapan bahawa kegiatan-kegiatan agama kepercayaan orang Cina itu adalah tidak wajar.
Istilah "Taoisme" dalam bahasa Inggeris telah digunakan untuk menterjemahkan istilah Daojiao (道教) dan Daojia (道家) dalam bahasa Cina. Aksara Tao 道 (atau Dao, tergantung kepada skim perumian yang disukai) membawa maksud harfiah "laluan" atau "cara", tetapi dalam agama dan falsalah Cina, aksara-aksara itu mempunyai maksud-maksud yang lebih abstrak. Perkataan majmuk Daojiaomerujuk kepada Taoisme sebagai sebuah agama (iaitu orang yang bersembahyang di tempat pemujaan), manakala Daojia merujuk kepada kegiatan-kegiatan cendekiawan dalam bidang kajian mereka. Bagaimanapun, pembezaan ini masih menimbulkan perbalahan, dan penuh dengan kesulitan pentafsiran.
Alkimia, astrologi, masakan cara Cina, perubatan tradisional Cina, fengshui, dan banyak gaya seni silat Cina, serta qigong (ilmu teknik bernafas) mempunyai kaitan dengan Taoisme.

[sunting]Lambang Taoisme

frames
Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. Ini bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".
Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam. Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkinnya ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih).
Walaupun lambang ini sering dikaitkan dengan ajaran Laozi, sudah tentunya Laozi tidak melukisnya. Ia dicipta oleh penganut-penganutTaoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Laozi. Bagaimanapun, apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat yang lain bukannya ajaran Laozi yang sebenarnya. Sebenarnya, Gautama Buddha dan Laozi tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Apa yang digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Laozi serta, kekadangnya, ajaran Buddha.

[sunting]Salah faham umum

"YingYang" ialah lambang Taoisme.
Disebabkan istilah Taoisme mempunyai tiga maksud yang amat berbeza, terdapatnya salah faham yang agak meluas terhadap istilah ini, baik di kalangan orang bukan Cina mahupun di kalangan orang Cina diri juga. Keadaan salah faham ini diburukkan lagi oleh budaya popularCina, seperti filem-filem dan komik-komik Cina, yang menonjolkan taifah-taifah Taoisme yang berketerlaluan, seolah-olah taifah-taifah itu mewakili aliran utama Taoisme.
Dua salah faham yang utama adalah seperti berikut:
1.     Taoisme menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi. Unsur-unsur primitif itu merupakan tenaga di dalam jiwa manusia yang hanya boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan tafakur apabila seseorang berjaya mengosongkan fikirannya. Selain itu, tenaga alam juga memberi kesan kepada manusia seperti melalui amalan feng shui. Penganut Taoisme perlu bertapa di gua-gua dan gunung-gunung untuk menghapuskan dosa.
2.     Taoisme menekankan anti kebendaan yang mengajak penganut-penganutnya meninggalkan hal-hal keduniaan "duniawi" supaya memperolehi tempat yang baik pada hari akhirat.

[sunting]Penjelasan

Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. Laozi tidak mengajar bagaimana mencapai kehidupan yang abadi. Sebaliknya, keinginan untuk mencapai kehidupan yang abadi adalah sesuatu yang dicari-carikan oleh Maharaja-maharaja China, khususnya Shih Huang Ti. Dalam pencarian cara untuk melanjutkan jangka hidup, taifah-taifah Taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat yang kini amat popular, khususnya dengan orang-orang Cina yang hendak memperbaik kesihatan mereka. Seni-seni silat seperti tai chi dan pelbagai qigong kini juga menjadi semakin popular dengan orang-orang Barat, mungkin disebabkan minat dalam hal-hal negara China semasa negara China termuncul sekali lagi dalam arena dunia. Pengamal-pengamal tai chi, qigong, dan seni-seni silat yang lain tidak menganggap diri sebagai penganut agama. Sebenarnya tafiah-tafiah Taoisme pada zaman dahulu lebih merupakan persatuan seni silat, berbanding pertubuhan agama.
"Chi", iaitu tenaga dalam badan, bukan lagi dianggap sebagai unsur-unsur primitif tetapi telah memperoleh pengiktirafan oleh perubatan barat sebagai suatu unsur yang benar-benar terjadi dalam badan. Amalan qigong dan seni-seni yang serupa bukan untuk membangkitkan tenaga yang memang wujud di dalam badan, tetapi untuk memperbaik pengalirannya supaya mengukuhkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
Tenaga yang serupa dengan tenanga di dalam badan itu juga terdapat di dalam alam sekitar. Selaras dengan konsep hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia, ilmu feng shui mencuba memahami dan menguasai unsur-unsur itu. Konsep keharmonian ini juga diamalkan dalam seni bina Barat, walaupun mereka tidak menggelarkan ilmu itu sebagai "feng shui", tetapi kekadangnya menggelarkannya sebagai "pengharmonian seni bina". Bagaimanapun, ilmu feng shui kini telah dicemarkan dengan pelbagai kepercayaan karut yang mungkin dicipta oleh pengamal-pengamal feng shui semata-mata untuk mendapat untung.
Mungkin sebilangan penganut taifah Taoisme yang amat kecil pada zaman kuno bertapa di gua-gua dan gunung-gunung. Bagaimanapun, kejadian ini tidaklah dalam skala yang serupa dengan yogi-yogi India yang tinggal di dalam hutan banjaran Himalaya. Sejauh yang diketahui, Laozi tidak berbuat demikian. Oleh itu, penggunaan tingkah laku beberapa orang penganut taifah untuk mewarnakan keseluruhan kepercayaan Taoisme adalah sesuatu yang salah. Bagaimanapun, tanggapan yang salah itu memang diwujudkan oleh budaya popular Cina, khususnya novel-novel, filem-filem serta komik-komik Cina, yang menonjolkan tingkah laku itu untuk membubui cerita mereka.
Laozi tidak mengajak penganut-penganutnya meninggalkan hal-hal keduniaan "duniawi" supaya memperolehi tempat yang baik pada hari akhirat. Sebenarnya, budaya Cina tidak mengutamakan hari akhirat. Oleh itu, taifah-taifah Taoisme juga tidak berbuat demikian kerana mereka lagi mengutamakan hidup dalam dunia ini dan oleh itu, hendak mencapai keabadian hidup. Sebaliknya, Laozi hanya "mengutamakan kesederhanaan dan kebebasan daripada keinginan untuk mengelakkan bahaya pengetahuan dan tindakan salah". Sebenarnya, semua agama dan falsafah aliran utama mengingatkan tentang keterlaluan kebendaan. Sebagai contoh, Jesus berkata: "Adalah lebih mudah untuk seekor unta memasuki lubang jarum berbanding orang yang kaya untuk memasuki Syurga."

drabdshatar

Sejarah Taoisme

Sejarah Taoisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk rencana utama, sila lihat rencana Taoisme
Aksara CinaTao atau Dao("Laluan").
Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama ia juga dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Dengan itu wujud apa yang dikatakan sebagaiagama dao(Bahasa Cina: Daojiao 道教), yakni taoisme dari segi agama; dan juga mazhab dao (bahasa Cina: daojia 道家) ,yakni taoisme dari segi falsafah.
Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao” yang diterjemahkan dari perkataanBahasa Cina “Dao” (道) yang erti hurufiahnya bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna budaya perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah.
Sejarah Taoisme bermula sejak adanya kitab Dao De Jing (abad ke-3 atau 4 S.M.),yang menjadi pegangan bagi Taosime. Seterusnys Taoisme telah dimantapkan oleh Zhang Daoling (abad ke-2 masihi), dan juga Shangchingdan Lingbao pada abad ke-4 masihi.

Isi kandungan

  [sorokkan
·                                 1 Dinasti Han (206S.M. - 220 Masihi)
·                                 2 Zaman Berkerajaan Tiga (220-265)
·                                 3 Zaman Enam Dinasti (316-589)
·                                 4 Dinasti Tang (618-907)
·                                 5 Dinasti Song (960-1279)
·                                 6 Zaman Nasionalis (1912 – 1949)
·                                 7 Negara China pada Zaman Moden (1949 – kini)
·                                 8 Lihat juga
·                                 9 Pautan Luar

[sunting]Dinasti Han (206S.M. - 220 Masihi)

Pada awal Dinasti Han, Laozi disembahkan sebagai Tuhan, bersama-sama dengan Huang Di. Terdapat teks “Huang-Lao” terkandung dalam Huainanzi, yang mentafsirkan ajaran Tao merupakan pedoman ke arah keabadian (termasuk ubatan, pratikal seks dan juga kaedah nafas).
Laozi menerima penghargaan dari empayar sebagai pengaji ketuhanan berjaya. Pada masa itu, Yin Yang dan Wuxing (五行) dikaji tetapi belum lagi digolongkan dalam Taoisme.
Gelaran Daojia digunakan sejak Dinasti Han. Dalam rekod sejarah Sima Qian, ia merujuk “keabadian”; sebaliknya Liu Xiang merujuk Laozi dan Zhuangzi. Daojiao merupakan gelaran pengamalan Tao sebagai agama. Pada zaman moden, kedua-dua gelaran Daojia dan Daojiao saling membawa maksud yang sama. Ulasan Dao De Jing yang terawal dikarya oleh Heshang Gong (“Tuan Tebing Sungai”).

[sunting]Zaman Berkerajaan Tiga (220-265)

Pusat pengajian Xuanxue termasuk Wang Bi, mengfokuskan pengajian ajaran Laozi dan Zhuangzi.

[sunting]Zaman Enam Dinasti (316-589)

Ge Hong juga dikenali sebagai Baopuzi (“Pemeluk konsep kesederhaan yang kuat”) adalah aktif pada abad ke-3 dan ke-4 dan beliau membawa kesan pengaruh yang besar pada Taoisme. Pada zaman ini, terdapat banyak karya yang utama dihasilkan termasuk Shangqing (“Kesucian Tertinggi”) (365-370) dan kitab Lingbao (“Kesucian Abadi”) terdapat di Maoshan.

[sunting]Dinasti Tang (618-907)

Pada zaman ini, Konfucianisme dan Buddhisme merupakan dua agama yang terpengaruh. Maharaja Xuanzong (685-762) membuat ulasan atas ketiga-tiga pegangan. Kemudiannya, ketiga-tiga agama dilaksanakan secara serentak oleh kerajaan.
Maharaja Tang Gaozong menklasifikasikan Dao De Jing sebagai karya klasik (Jing, 經) dan ia perlu dibelajari semasa menduduki peperiksaan kerajaan; dengan itulah “–jing “ termuncul dalam tajuk Dao De Jing.

[sunting]Dinasti Song (960-1279)

Zaman ini terdapat beberapa maharaja dimana Maharaja Huizong merupakan maharaja yang terutama dalam galakan pengamalan Taoisme. Maharaja Huizong mengumpulkan kitab-kitab ajaran Tao dan menerbitkan Daozang.
Quanzhen dan Zhengyi merupakan pusat pengajian Taoisme yang diasaskan pada zaman ini. Kedua-dua pusat pengajian merupakan antara pusat-pusat yang masih wujud sehingga sekarang.

[sunting]Zaman Nasionalis (1912 – 1949)

Pada zaman inilah merupakan permulaan keruntuhan Taoisme. Guomindang menekankan sains, kemodenan dan budaya kebaratan, termasuk Agama Kristian. Mereka menyingdirkan agama-agama yang popular sebagai reaksioner serta bersifat parasit, mereka merampas kuil-kuil serta tokong-tokong dan dijadikan sebagai bangunan awam dan mengadakan kawalan ke atas aktiviti pengamalan agama.

[sunting]Negara China pada Zaman Moden (1949 – kini)

Pada peringkat awal selepas penubuhan Republik Rakyat China, parti pemerintah iaitu Parti Komunis China menahan amalan beragama. Banyak infrastruktur Taoisme dimusnahkan. Ramai sami dan pendeta dihantar untuk bekerja. Ini merupakan peristiwa pada zaman Revolusi Budaya pada 1966 sehingga 1976.
Pada tahun 1982, Deng Xiaoping melonggarkan kawalan ke atas pegangan agama. Ramai pemimpin Komunis sedar akan Taoisme adalah penting dalam budaya orang China, oleh itu, banyak kuil serta tokong diperbaiki dan dibuka semula.
Taoisme merupakan antara lima agama yang diakui oleh Republik Rakyat China, dimana aktiviti-aktiviti dijalankan oleh Persatuan Taoisme China.

drabdshatar