Thursday 9 August 2012

TUGASAN PPISMP MINGGU 8 & 9


PPISMP SEM. 1 (SN)

MINGGU/ TARIKH:      8 (9 Ogos 2012)
                                       9 (16 Ogos 2012)

Arahan:

1. Setiap kumpulan diminta mencari maklumat berkaitan agama seperti berikut:

Kumpulan                               Agama
       T                                      Islam & Kristian
       E                                      Sikhisme &Buddha
       K                                     Taoisme &Hindu
       O                                     Natif & Confusianisme  
       
2.  Setiap kumpulan perlu membuat rakaman video temubual dengan penganut setiap agama.

Skop Kajian

1.      Latar belakang/ Sejarah
2.       Tokoh-tokoh dan kitab rujukan
3.       Ajaran/ Falsafah dan Nilai


  
drabdshatar

Wednesday 8 August 2012

Format RPH KBSR (Pendidikan Moral)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

Mata Pelajaran:           Pendidikan Moral 
Tahun  :                       5 Arif
Tarikh  :                       28 Februari 2008
Masa    :                       8.00-9.00 pagi
Bil. Murid:                    20 orang
o    Amalan bersederhana dalam penggunaan sumber-sumber 
alam yang bernilai
-       Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar
    semula sisa
Isu/ Situasi:                  Fikir Dahulu Sebelum Buang
Hasil Pembelajaran:     Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat;
Peng. Sedia Ada:         Murid selalu makan atau minum daripada makanan yang  dibungkus  
                                    atau ditinkan.
Pendekatan:                 Pemupukan Nilai
Alat Bantu Mengajar:    Buku teks (m.s 92-95), Buku Latihan, Komputer/ LCD 
                                     (Gambar Hasil Kraftangan), jambangan bunga, tin/ botol minuman, gam dan gunting.
Kemahiran Generik:     KBKK (membanding-beza), KMD
  

Langkah P&P/
masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P
Catatan
(Kaedah/ teknik, ABM, Nilai, ICT, KBKK, KMD)
Set Induksi
(5 minit)

Lagu `Elakkan Pembaziran’


  • Guru memaparkan seni kata lagu di layar putih.
  • Murid diminta menyanyi lagu `Elakkan Pembaziran’ bersama-sama.
  • Murid diminta memberi maksud beberapa perkataan dalam seni kata lagu.
  • Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

- Sumbangsaran
- Nyanyian

- Seni kata lagu (rujuk buku teks m.s 95).

- Cintai dan    
  hargai alam
   sekitar.

Langkah 1
(15 minit)
Fikir Dahulu Sebelum Buang

- Cara penggunaan sumber alam.

- Kesan kepupusan sumber alam
  • Murid diminta merujuk buku teks m.s 92-93
  • Murid membaca petikan.
  • Guru dan murid berbincang berdasarkan soalan dalam buku teks.
  • Murid diminta Menyenaraikan cara penggunaan sumber alam dan kesan kepupusan sumber alam.
- Perbincangan kelas.

- Buku teks m.s 92-93

- Menjana idea




Langkah 2
(10 minit)

Fikir Dahulu Sebelum Buang

Betul
- Kongsi kereta
- Menggunakan kenderaan
   awam
- Menutup dapur gas
  selepas memasak
- Menutup pili selepas  
  mencuci kereta

Salah
- Membiarkan air melimpah
- Membuang sampah merata.

  • Murid berbincang secara berpasangan tentang penggunaan sumber alam yang betul atau salah.
  • Mengisi borang `GO’.

  • Meluahkan perasaan terhadap tindakan seseorang yang membazirkan sumber alam.
                           
- Perbincangan 
  dan
  pembentangan.
- Rasional

- Buku teks m.s 92-93
- `GO’ Banding 
   Beza
- KMD (perasaan)
Langkah 3
(20 minit)

Menghasilkan bekas alat tulis dengan menggunakan tin atau botol minuman terpakai/ terbuang.

  • Murid diminta bersedia untuk melakukan projek.
  • Guru memaparkan contoh hasil kraftangan yang telah siap.
  • Guru menunjukkan cara membuat bekas alat tulis.
  • Murid melakukan aktiviti.
  • Guru meminta murid mempamerkan hasil masing-masing.


- Demonstrasi
  Projek

- Komputer/ LCD

- Kreativiti





Langkah 4
(5 minit)
Pengukuhan
  • Murid diminta menjawab soalan latihan dengan menandakan (      ) pada ruang yang betul.


- Latihan bertulis

-Buku teks m.s 95)
- Buku Latihan

- Yakin
Penutup
(5 minit)
Rumusan
  • Murid diminta menyanyikan semula `Elakkan Pembaziran’.
  • Dua orang murid diminta membuat kesimpulan pembelajaran hari ini.
  • Guru meminta murid membawa tin botol minuman ke sekolah untuk projek seterusnya.

- Nyanyian
- Komputer/LCD
- Cintai dan   
  hargai alam
   sekitar.


Refleksi Kendiri:



drabdshatar

Format RPH KSSR (Pendidikan Moral)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran:               Pendidkan Moral
2. Tahun:                             2 Bestari
3. Masa:                               9.00-10.00pagi
4. Standard Pembelajaran:    4.1.1, 4.1.2, 4.1.4 (Kod sahaja –
                                            berdasarkan Dokumen Standard - BPK)

5. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat;
                            i. menyatakan tiga cara memberi penghargaan kepada keluarga.
                           ii. menyatakan kepentingan memberi  penghargaan kepada keluarga
                          iii. memberi  penghargaan kepada ahli keluarga

6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                i. Menjana idea beberapa cara memberi penghargaan kepada keluarga
                   secara lisan atau dengan menggunakan bahan.
                            ii. Sumbangsaran berkaitan kepentingan memberi penghargaan
                               kepada keluarga.
                            iii. Murid menghasilkan kad sempena Hari Ibu/ Bapa dengan
                                menggunakan komputer untuk diserahkan kepada ibu bapa.

7. EMK:
                i. Kreativiti: menjana idea
                ii. TMK: menggunakan pemprosesan kata (Ms Word)

8. Bahan Bantu Belajar:
Contoh kad ucapan Hari Ibu/ Bapa, gambar hadiah, jambak bunga,
 lembaran kerja, gam dan gunting.

9. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: (Rujuk kepada Dokumen 
                                                                  Standard Prestasi – LPM)
                i. Lembaran kerja (Padankan gambar dengan ucapan
                   yang berkaitan dengan penghargaan)
                ii. Kad Hari Ibu/ Bapa yang dihasilkan oleh murid bagi menunjukkan
                   cara member penghargaan kepada keluarga.

10. Refleksi:
                i. 36 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.
                ii. 4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu
                    pelajaran akan datang.



drabdshatar

Tuesday 7 August 2012

Pembelajaran Aktif


Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru
Dr. Vishalache Balakrishnan
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Malaya
visha@um.edu.my

Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?
Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di bawah:
http://courses.science.fau.edu/~rjordan/images/learning_cone.gif
Kon Pembelajaran


Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?
Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.

Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.

Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.

Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.

Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.


Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:
Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka mengajar antara satu sama lain.

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?
Arahan berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Komuniti diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.

Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran
Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

Penilaian autentik
Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.

Peranan guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka.

Menggunakan masalah autentik
Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.

Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Rujukan

Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Dale, E. (1969). Audio-visual methods in teaching. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting active learning: Strategies for the college classroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Monday 6 August 2012

TUGASAN PBS: ELM 3102

INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 

ELM 3102 : KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL 

Pendidikan moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,perasaan moral dan tingkah laku moral.Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani,intelek,emosi,rohani dan sosial.

 Prinsip-prinsip itu adalah :
• Bertanggungjawab pada diri,keluarga dan orang lain;
• Berpegang teguh pada ajaran agama;
• Prihatin kepada alam sekitar;
• Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
• Bersemangat patriotik;
• Menghormati hak asasi manusia; dan
• Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

 Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Berdasarkan Falsafah Pendidikan(FPK) jelaskan 5 ciri Falsafah Pendidikan(FPK) dan sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tersebut.

 ARAHAN
1. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.
2. Format penulisan adalah seperti berikut :
i. Arial
ii. Saiz huruf 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A
v. Lampiran
 3. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%
 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian,kematangan hujah, bersifat ilmiah.
 5. Panjang tugasan tidak kurang dari 15 muka surat(tidak termasuk lampiran).
 6. Tarikh penghantaran 27.08.2012

 CONTOH JURNAL

CATATAN

 Nama pelajar :______________    Kumpulan/Tahun Akademik :__________________    
 Tarikh Catatan :_____________    Tahap/kelas :__________________              
 Tajuk/Bidang :_______________    

Aspek Pemerhatian : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 Refleksi Kendiri : ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Pelajar : ___________            Tandatangan Pensyarah ____________



PANDUAN SKOP DAN TUGASAN UNTUK PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2012 PENDIDIKAN MORAL 

• Pemilihan tajuk selaras dengan HSP/dokumen Standard KSSR.
• Pernyataan hasil/objektif pembelajaran eksplisit,spesifik dan jelas.
• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan aktiviti dan murid.
• Pelaksanaan aktiviti mengambil kira keselarasan dengan
     i. Hasil/objektif pembelajaran
     ii. Kemahiran set induksi
     iii. Kemahiran menerang
    iv. Kemahiran menyoal
    v. Kemahiran penutup
    vi. Penggunaan kaedah/teknik yang sesuai dan pelbagai

• Terdapat unsur Elemen Merentas Kurikulum (KSSR)
• Bahan bantu mengajar
• Penilaian – pengajaran pembelajaran
     i. Kesesuaian instrument/item penilaian
     ii. PBS (KSSR)
• Tindakan Susulan Guru
     i. Aktiviti pengayaan/pemulihan

Friday 3 August 2012

Theory of Constraints (TOC)

TEKNIK P&P

 Theory of Constraints (TOC) merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan perkakas pemikiran berlandaskan common sense. Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.

Matlamat:
• Meningkatkan kemahiran pemikiran dan berkomunikasi
• Meningkatkan cara pembelajaran murid-murid dan proses memperolehi maklumat
• Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan Terdapat tiga kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah
• The Cloud/Awan
• The Branch/Dahan
• The Tree/Pokok The Cloud/Awan

Untuk menyelesaikan konflik supaya mencapai matlamat yang sama. The Branch/Dahan Untuk menganalisa kesan dan akibat dalam sesuatu situasi. The Tree/Pokok Untuk membina satu rancangan atau pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Ini bererti tidak ada lagi isu: ‘No more me against you and you against me because of the problem; But you and me against the problem’ Ini yang mewujudkan landasan kepada situasi... menang-menang.

Pelbagai aspek lain berkait terus dengan TOC untuk pendidikan:
 • Penyelesaian konflik
• Pendekatan secara holistik
• Kerja berpasukan
• Mewujudkan pelajar yang berdikari
• Proses perkembangan/kemajuan yang berterusan
• Pemikiran yang membawa perubahan

PENGAJARAN MIKRO

KONSEP
 Membekal dan memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju akan aktiviti yang kompleks Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah dikenal pasti. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan bagi setiap kemahiran

 Dikecilkan dalam tiga cara: Saiz kelas – jumlah pelajar mungkin 5 orang Jangka masa pengajaran – boleh jadi 5 – 10 minit Kesukaran tugasan – berfokus pada satu kemahiran satu-satu masa “… alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. ..”
                                                                       Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles,1974)

KEMAHIRAN P&P

  1.  Set induksi, 
  2. Penggunaan papan tulis, 
  3. Variasi rangsangan, 
  4. Penyoalan, 
  5. Peneguhan, 
  6. Penerangan, 
  7. Penggunaan bahan bantu mengajar dan
  8. Penutup

Thursday 2 August 2012

Agama Sikh

LATAR BELAKANG

1-Menurut Singh.H (1969) agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak 1 ( 1469-1539 ). -Perkataan “sikh” bahasa punjab bererti “penuntut” atau “penganut”. Diasaskan secara turun-temurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti.Guru yang terakhir ialah Guru Gobind Singh. Percaya Tuhan satu-tiada permulaan dan tiada akhir -Pertemuan antara agama Islam dengan Hindu di India Utara pembentukan agama Sikh. -Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan tuhan tetapi seorang yang menunjukkan jalan kepada orang ramai ke arah Kebenaran atau Tuhan.

2.Penjelasan tentang Tuhan dalam agama Sikh hampir sama dengan Islam iaitu Hanya ada satu Tuhan dan mempunyai unsur-unsur Hindu iaitu tiada permulaan dan tiada penghabisan nirvana.Ini adalah di sebabkan :

a)Pada zaman Guru Nanak – Gobind Singh,penduduk-penduduk India telah menyeleweng daripada ajaran agama-agama mereka ( khasnya agama Islam dan Hindu )

b.Guru Nanak 1 iaitu Nanak Dev mempelajari agama Islam,kemudian Hindu. iii.Guru-guru Sikh menegaskan manusia ialah kejadian Tuhan dan patut taat pada cara hidup masing-masing. -Seseorang individu yang hendak menjadi seorang Sikh hendaklah sentiasa terkawal oleh kehendak-kehendak agama Sikh. -Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan,belum dikira sebagai seorang Khalsa,walaupun ibu bapanya beragama Sikh.Apabila Dewasa hendaklah mengetahui peraturan dan undang-undang serta diberi minum Amrit ( air gula ) baru sah menjadi seorang Khalsa. iv.Undang-undang yang perlu difahami untuk menjadi kaum khalsa iaitu :
i..    Mempercayai hanya satu tuhan yang maha kuasa.
ii.    Sentiasa membaca atau mendengar sabda-sabda Guru Granth Sahib Ji untuk membuat ibadahnya.
iii.  .Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dengan cogan yang berawalkan huruf “ K “
iv. .Menghapuskan perasaan berkasta-kasta,dilarang menyembah berhala atau menganut kepercayaan yang berlawanan dengan Kaum Sikh.
v.  .Menghormati semua makhluk tanpa mempersoalkan tentang agam,bangsa,atau warna kulit seseorang itu.
      a. .Asas ajaran kaum Sikh telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci )
      b.Menurut Sikh Naujawan Sabha,Malaysia ( 1969 ) perkara penting mengikut kata-kata yang terdapat dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci ) adalah seperti berikut : i)Tuhan yang Disembah -Orang Sikh mempercayai bahawa Tuhan itu Esa. -Orang sikh menyebut Tuhan dengan nama Wahiguru,bermakna : Tuhan Yang Menakjubkan” ii) Taraf guru dalam agama Sikh -Guru adalah orang yang memandu ke jalan yang benar. -Kitab suci dan kaum Khalsa dianggap sebagai Guru,setelah mangkatnya Guru yang kesepuluh pada tahun 1708. iii) Kitab Suci -Kitab Suci agama Sikh,Guru Grand Shib Ji,mengandungi semua sabda Guru Nanak 1 hingga Guru Nanak 5,Guru Nanak 9 ,serta Beberapa orang ulama Islam dan Hindu. -Kitab ini diletakkan dalam Gurdwara(rumah ibadat)di atas sebuah meja. iv) Gurdwara-rumah sembahyang -Erti “Gurdwara” ialah “pintu gerbang Guru” di dalamnya terletak Kitab Suci. -Dianggap sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka. v)Masyarakat -Masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem kasta dilarang sama sekali dalam sesebuah masyarakat. -Seluruh ahli masyarakat dinasihat mematuhi segala yang baik. vi) Cara damai dan cara kekerasan. -Cara damai diutamakan daripada cara kekerasan. -seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan negaranya. vii) Kaum Sikh dan kaum agama lain -Semua pengikutnya hendaklah menghormati segala makhluk di dunia. iii) Kitab Suci -Kitab Suci agama Sikh,Guru Grand Shib Ji,mengandungi semua sabda Guru Nanak 1 hingga Guru Nanak 5,Guru Nanak 9 ,serta Beberapa orang ulama Islam dan Hindu. -Kitab ini diletakkan dalam Gurdwara(rumah ibadat)di atas sebuah meja. iv) Gurdwara-rumah sembahyang -Erti “Gurdwara” ialah “pintu gerbang Guru” di dalamnya terletak Kitab Suci. -Dianggap sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka. v)Masyarakat -Masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem kasta dilarang sama sekali dalam sesebuah masyarakat. -Seluruh ahli masyarakat dinasihat mematuhi segala yang baik. vi) Cara damai dan cara kekerasan. -Cara damai diutamakan daripada cara kekerasan. -seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan negaranya. vii) Kaum Sikh dan kaum agama lain -Semua pengikutnya hendaklah menghormati segala makhluk di dunia.

Agama Budha

Perkataan Budha berasal daripada perkataan ‘budhi’ bermakna ‘to wake up’ Bermula akhir abad ke-6, SM tahun 560 Berasal dari India, disebar oleh saudagar dan mubaligh hingga ke negara China, Korea, Jepun, Sri Lanka, Kepulauan Melayu dan Negara Thai. Di Malaysia agama Buddha popular dikalangan masyarakat Cina Pengasas- Sidharta Gautama- dikenali sebagai Budha  Agama yang terbesar di dunia Budha bukan Tuhan atau Pesuruh – seorang manusia yang berjaya menyempurna(perfect) diri. Berasal dari keturunan bangsawan-putera raja Kapilawastu, timur laut India sempadan Nepal.

Ayahnya berketurunan Ningrat yang bersifat keduniawian. Ia mengkehendaki Gautama menjadi maharaja semesta alam Semasa ibunya mengandung ibunya bermimpi dikunjungi oleh seekor gajah putih keramat yang menyentuh lambung kirinya dengan teratai putih dipegang belalainya. Keajaiban berlaku semasa kelahirannya-keluar daripada lambung kanan ibunya, ketika ibunya sedang berdiri di kebun tetapi ibunya wafat semasa melahirkannya. Semasa kelahirannya, dunia terang benderang bermandikan cahaya, si buta dapat melihat, si tuli mendapat mendengar, orang yang pincang dan kudung kakinya dapat berlari lalu menghampiri bayi itu. Gautama berkahwin dengan sepupunya semasa berumur 16 tahun dan mendapat seorang cahaya mata. Ayahnya tidak suka dia melihat penderitaan manusia serta memerintahkan agar semua taman kerajaan bersih dari orang sakit dan miskin Malangnya pada suatu hari para dewa mengatur Gautama dapat melihat orang-orang yang menjadi larangan ayahnya seperti melihat pengemis yang merasa puas mengenakan pakaian kuning dan membawa mangkuk untuk mengemis makanan Gautama menjadi insaf setelah melihat kejadian itu lalu meninggalkan kesemua kemegahannya dan menggantikan pakaiannya dengan compang camping

 Tokoh Budha 
Usianya 29 tahun selepas mendapat puteranya, Gautama berguru ajaran Upanishad tetapi tidak berpuas hati Selama 49 hari duduk bertapa dibawah pohon ‘Bodhi’ bermaksud pencerahan. Di sini dia melihat jalan yang lurus ditempuh untuk mencapai pembebasan Selepas mengembara-kembali ke tempat asalnya di pertengahan jalan-jatuh sakit dan meninggal dunia pada usia 80 tahun. Tubuhnya dibakar dan abu jenazahnya dibahagi-bahagikan kepada raja-raja yang menjadi pengikut ajarannya.

 Lima Rukun Moral menepati nilai bagi perkembangan diri pelajar -
Amalan ‘karma’ – keadilan
Amalan ‘dana’ – kasih sayang

 Nilai berkaitan dengan kekeluargaan

  • Kasih sayang dalam keluarga
  •  Tanggungjawab Saling hormat menghormati 
  •  Mengelaskan sesuatu punca kesengsaraan 
  • Perpisahan dengan orang yang disayangi  
Nilai berkaitan dengan alam sekitar

  • Menghargai dan memelihara alam 
  • Menghormati mahluk lain 
  • Tidak boleh bunuh haiwan sesuka hati 
 Nilai berkaitan dengan patriotisme 
  • Cinta kepada negara 
  • Taat setia kepada raja dan negara 
  • Sanggup berkorban untuk negara 
  •  Mengamalkan konsep Lapan Jalan Kemuliaan-benar
 Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia 
  • Hormat hak kanak-kanak, wanita, pekerja, golongan kurang upaya, pengguna 
 Nilai berkaitan dengan demokrasi 
  • Patuhi undang-undang dan peralatan 
Nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian 
  • Hidup aman, saling bantu membantu, hormat- menghormati 
 Konsep Lima Rukun Moral dan Lapan Jalan Kemuliaan jamin kesejahteraan. 
 Jangan ikut perasaan yang inginkan keseronokan sahaja Anutan agama Buddha menekankan kepada hubungan sesama makhluk iaitu manusia dengan manusia dan manusia dengan alam semulajadi. Hubungan dengan negara dan pemerintah tidak ditekankan dalam anutan agama Budha

Agama Hindu

Tokoh Dan Ajaran Agama Hindu Tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci tertentu . Evolusi pemikiran manusia Ajaran dan kitabnya terkawal dalam bahasa Sanskrit . Agama tertua

Ia terbentuk kepada empat Veda (kebijaksanaan daripada cahaya putih), iaitu

  1. Rig Veda, 
  2. Yajur Veda, 
  3. Atharva Veda dan 
  4. Sama Veda 
 Setiap Veda meliputi empat bahagian, iaitu

  1. Samhita, 
  2. Brahmana, 
  3. Aranyaka dan
  4.  Upanishad. 
Swadiri merupakan tema utama dalam Upanishad yang mempercayai bahawa ia dapat mengetahui cara penyelesaian kepada masalah yang rumit dan kejiwaan pada swadiri adalah inti dalam dunia luaran Agama Hindu ialah kewujudan satu Tuhan yang maha esa dan teragung  Dewa-dewi yang dipuja oleh penganut Hindu mengikut mazhab Dewa Brahma adalah,

  1. Dewa Siva 
  2. Dewa Vishnu. 
Brahman boleh menjelma dalam sebarang rupa mengikut persepsi penganut dan boleh memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Brahman - aspek penciptaan Vishnu mewakili aspek pemeliharaan alam dunia sebagai Peruma Vishu menjelmakan dirinya sebanyak sembilan kali untuk menyelamatkan umat manusia dalam penderitaan. Siva kuasanya sebagai pembentukan semula terhadap apa yang telah dimusnahkan Setiap roh(atma) individu dilahirkan semula sebagai memberi peluang kepada roh menebus segala dosanya dan menikmati segala pahalanya Pusingan kelahiran semula merupakan suatu penderitaan (samsara) dan setiap penganut Hindu akan berusaha mencapai Mokhsa dengan mengelakkan perbuatan dosa, menambahkan pahala, menguatkan iman dan sembahyang Mokhsa hanya dapat dicapai apabila atma bersatu dengan Tuhan Ia berfungsi sebagai penggerak dan pembekal kuasa untuk melihat segala yang difikir, dibuat atau dirasa. Ia adalah diri individu yang sebenar, bukan tubuh fizikalnya

Agama Kristian

Latar Belakang Agama Kristian 
Pentingkan penyembahan Tuhan – hanya ada satu Tuhan Tuhan yg disembah mengandungi tiga imej – “ God The Father”, “Holy Spirit” dan “Holy Son”. Pengasas – Jesus Christ Tahun kelahiran – Tahun Masihi 27 Masihi – Menerima wahyu daripada Tuhan Pcaya Jesus Christ adalah anak Tuhan – Dihantar ke dunia utk bersihkan dosa manusia

 Penganut Kristian paling awal – Org2 Yahudi Agama Kristian bpusatkan 4 tema –

  1.  Kemuliaan Tuhan, 
  2. Imej Jesus Christ, 
  3. Rohaniah Tuhan & 
  4. Kehidupan abadi. 
Sumber asas ajaran Kristian iaitu Kitab Bible iaitu

  • “The Old Testament” atau Kitab Perjanjian Lama &
  •  “The New Testament” atau Kitab Perjanjian Baru. 
The Old Testament
(Bible) Kitab yg memimpin manusia ke arah kehidupan yg bmoral iaitu mjauhi segala perkara yg negatif – menyelamatkan manusia drp dosa. Mengandungi 10 ajaran & perintah dr Tuhan yg dikenali sbg The Ten Commandments (sepuluh rukun) Tuhan itu hanyalah satu, pencipta segala makhluk. Hendaklah dipatuhi . Hendaklah patuh kepada perintah-perintah Tuhan dan ajaran yang disampaikan. Hari Ahad adalah hari kesucian (The Sabbath Day) dan digalakkan ke gereja. Percaya kepada kehidupan semula selepas mati. Percaya kepada Jesus Christ akan dilahirkan semula untuk memimpin mereka.Apabila timbul kelahiran semula ini, segala kejahatan akan berakhir dan kehidupan akan dilimpahi dengan rahmat yang suci. Menghormati ibubapa dengan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Menegah penganutnya daripada melakukan sebarang kejahatan seperti membunuh, mencuri, minum arak dan sebagainya. Jangan melakukan zina. Berkasih sayang sesama manusia, menggalakkan hubungan mesra dengan masyarakat terutamanya jiran.

The New Testament 
Berdasarkan kepada catatan “The Old Testament” yg mengandungi panduan tentang kehidupan & harus dipatuhi bg mdapatkan kebahagian. Penganutnya hendaklah patuh kpd Jesus Christ sebgai penyelamat kehidupan mereka. Menerangkan beberapa perkara iaitu kepentingan moral yg baik spt budi pekerti & sopan santun, tidak mbezakan taraf di kalangan penganutnya, mengajar sikap hormat-mhormati dan & x mhina org lain, menyuruh bkata benar & menyayangi manusia dan sentiasa beradab serta merendah diri, bkasih sayang terutama saudara-mara & rakan-rakan.

 Asas Ajaran Agama Kristian Yang Mpunyai Hubungan Nilai Murni Kasih sayang kepada Tuhan, rakan, keluarga, saudara-mara, jiran dan malah musuh. Kejujuran iaitu orang yang bercakap benar dan jujur akan bersama-sama Tuhan di akhirat. Selalu bersyukur dan berpuas hati terhadap apa yang dipunyai dan jangan mementingkan keduniaan. Dilarang berdendam dan haruslah memaafkan orang lain. Berlaku adil dalam membuat keputusan atau menilai sesuatu. Bertanggungjawab terhadap tugas, pekerja bawahan, dan tidak harus membandingkan tindakan mereka dengan orang lain. Harus cekap dalam menjalankan tugas dan jangan membuang masa. Rajin dan tekun menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati dan dedikasi. Bersemangat dan berinisiatif serta patut melakukan tugas hariannya dengan tujuan untuk mendapatkan balasan baik. Agama Kristian menekankan aspek-aspek keberanian, kekayaan dan optimistik

Sifat-sifat Insan Moral

SIFAT-SIFAT INDIVIDU BERMORAL
Biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan emosi (jiwanya). Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek emosi dan pemikiran.

PRINSIP INDIVIDU BERMORAL
Teori-teori etika menjadi petunjuk kepada sifat insan bermoral. Wbp teori-teori tersebut mempunyai pelbagai petunjuk seperti berasaskan kesan, motif, jalan tengah dan kemoralan sosial untuk merujuk kepada individu bermoral. Tiga prinsip sebagai panduan menentukan individu bermoral.

 PRINSIP KEADILAN
Adil bermaksud saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa… Sama rata bukan bermaksud orang yang bekerja lebih tetapi mendapat bayaran yang sama (dengan orang lain). Agama Islam mendefinisikan keadilan sebagai, “meletakkan sesuatu di tempatnya”. Aristotle – adil itu sebagai `fair-minded’, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan Aristotle menyebut Prinsip Keadilan Umum iaitu masy. diorganisasi supaya semua individu memberi sumbangan kpd. kebajikan umum.

PRINSIP ALTRUISME
Individu saling berhubung (interaksi) dengan orang lain. Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk memberi kebaikan kepada orang lain mengatasi diri sendiri. Berperikemanusiaan. Perasaan kasihan, kasih sayang, simpati dan empati.

 PRINSIP AUTONOMI
Autos= diri sendiri Nomos= undang-undang Autonomi= Penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan. … berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral… … tidak rasional dan adil. … tidak mengakuri tanggungjawab moral.