Aplikasi
iTHINK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral semasa praktikum
Abd. Shatar Che Abd. Rahman, PhD
Hegretul Al-Amin Sahbudin
(IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)
Abstrak
Kajian
ini bertujuan untuk meneliti penggunaan iTHINK sebagai salah satu Elemen
Merentas Kurikulum (EMK) yang disyorkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 7 yang menjalani praktikum fasa 3
selama 12 minggu bermula Januari hingga April 2014. Tumpuan diberikan kepada
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran
elektif bagi semua peserta kajian. Data dikumpul melalui analisis Buku
Persediaan Mengajar, pemerhatian pengajaran dan pembelajaran serta temubual.
Semua data dianalisis secara manual dengan mengunakan kaedah `tematik` iaitu menentukan tema dan
kategori terlebih dahulu berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan semua peserta kajian telah menggunakan iTHINK sebagai salah satu EMK seperti yang
disarankan dalam KSSR. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati mereka hanya menggunakan alat berfikir tertentu secara
terpilih dan kurang menepati dari segi pemilihan alat berfikir dan kaedah
penggunaannnya. Mereka juga tidak dapat mewujudkan suasana PdP yang
interaktif dan kurang berperanan sebagai
fasilitator.
Kata
kunci: iTHINK, Elemen
Merentas Kurikulum, alat berfikir