Saturday, 30 March 2013
Civilization
"Civilizations decline when their moral core deteriorates. One of our most basic responsibilities as adults is to sustain our civilization by passing on the values that are the foundation of our society" (Lickona, 2000).
Tuesday, 26 March 2013
Kind of Character
“When we think about the kind of character we want for our children, it’s clear that we want them to be able to judge what is right, care deeply about what is right, and then do what they believe to be right—even in the face of pressure from without and temptation from within.” (Lickona, 2004).
Sunday, 17 March 2013
MODUL ELM 3103: Tajuk 5
Tajuk 5: Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan
aspirasi negara
5.3: Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan
2020.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir modul ini pelajar dapat;
·
Menghubungkaitkan
peranan guru moral dalam mencapai Wawasan 2020
Aktiviti:
·
Sila
layari
Berdasarkan rujukan di atas,
- Sediakan peta minda berkaitan intipati Wawasan 2020.
- Berdasarkan peta minda huraikan kaedah untuk merealisasikan Wawasan 2020.
- Apakah peranan guru Moral dalam mencapai Wawasan 2020?
Nota
Tambahan:
Pada tahun 1991,
kerajaan telah mengumumkan bahawa objektif negara adalah untuk menjadi negara
maju atas usahanya sendiri menjelang 2020. Ia memberi wawasan kepada Malaysia
untuk mencapai status perindustrian dan negara maju sepenuhnya dengan
mengekalkan perkembangan pada kadar 7 peratus setahun dan memulakan perubahan
struktur ekonomi termasuk juga di dalam sektor pembuatan. Kunci kepada
pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik.
|
Pertama
|
Mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang
terdiri dari satu Bangsa Malaysia
|
Kedua
|
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
aspek psikologi, selamat, dan maju.
|
Ketiga
|
Merangsang dan memajukan masyarakat yang
berdemokratik dan matang.
|
Keempat
|
Mewujudkan masyarakat yang beretika dan
bermoral tinggi.
|
Kelima
|
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan
bertoleransi.
|
Keenam
|
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan
progresif.
|
Ketujuh
|
Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
|
Kelapan
|
Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang,
di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama
|
Kesembilan
|
Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan
ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan bingkas sepenuhnya.
|
Polisi dan strategi bagi
fasa pertama wawasan 2020 dibentangkan di dalam Pelan Rangka Perspektif Kedua,
1991-2000 (OPP2). Ia membentuk Polisi Pembangunan Negara (NDP) yang
menggantikan NEP, dan mengandungi beberapa perubahan polisi untuk memberi
dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih
seimbang sementara mengekalkan polisi asas NEP.
Fokus strategi anti
kemiskinan beralih kepada penghapusan kemiskinan tegar, sementara pada masa
yang sama mengurangkan kemiskinan relatif. Bagi meningkatkan penyertaan
Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi, penekanan di buat
ke atas komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar
diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan.
Pembangunan sumber manusia termasuk nilai moral dan etika untuk mencapai
objektif perkembangan dan pengagihan juga diberi penekanan.
Di pertengahan 1990an selepas prestasi ekonomi yang mengagumkan, Krisis Kewangan Asia melanda kawasannya. Krisis bermula di dalam pertengahan 1997 dengan serangan spekulatif terhadap matawang Asia Timur, termasuk ringgit. Selepas beberapa kesilapan pelaburan dan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin tenat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif dilancarkan enam bulan kemudian.
Kejayaan memperkenalkan beberapa polisi, termasuk mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih, dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal untuk mengemukakan isu-isu yang disebabkan oleh krisis, yang menyebabkan ekonomi terpaksa diberi nafas baru selepas merekodkan pertumbuhan negatif pada kadar 7.4 peratus pada tahun 1998. Polisi fiskal dan kewangan yang diperkenalkan juga membantu merangsang penggunaan, sementara mengekang tekanan inflasi.

(Sumber: http://epu.skali.my/web/guest/vision202019912020
bertarikh: 17 Mac 2013)
drabdshatar
MODUL ELM 3103: Tajuk 5
Tajuk 5: Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan
aspirasi negara
5.2: Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat
Rukunegara.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir modul ini pelajar dapat;
·
Menghubungkaitkan
peranan guru moral dalam mencapai hasrat Rukunegara
Aktiviti:
·
Sila
layari
http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovRukunegara/Pages/GovRukunegara.aspx;
www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf;
http://www.scribd.com/doc/13947808/Rukun-Negara
;DAN
Berdasarkan rujukan di atas,
·
Sediakan peta minda berkaitan Rukunegara
·
Berdasarkan peta minda huraikan cara-cara mencapai
hasrat Rukunegara
·
Apakah peranan guru Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara?
Nota
Tambahan:
BAHAWASANYA
NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
·
mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
·
memelihara satu cara
hidup demokratik;
·
mencipta satu masyarakat
adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
·
menjamin satu cara
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
dan
·
membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA
KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut :
·
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
·
KESETIAAN KEPADA RAJA
DAN NEGARA
·
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
·
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
·
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
drabdshatar
MODUL ELM 3103: Tajuk 5
Tajuk 5: Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan
aspirasi negara
5.1: Peranan guru Moral dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir modul ini pelajar dapat;
·
menghubungkaitkan peranan guru moral dalam falsafah
pendidikan kebangsaan
Aktiviti:
·
Sila layari: www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
(Falsafah
Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan Misi)
Berdasarkan nota di atas,
Berdasarkan nota di atas,
- Sediakan peta minda berkaitan nota di atas.
- Huraikan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Dengan merujuk nota di atas, huraikan peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Nota Tambahan:
"Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan aspirasi negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan modal insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun
Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
drabdshatar
Subscribe to:
Posts (Atom)