PENGENALAN
Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran formal
dalam KBSR dan KBSM. Oleh itu, guru mata pelajaran tersebut hendaklah
mengetahui tentang pendekatan-pendekatan pendidikan moral yang sedia ada.
Setakat yang diketahui belum ada dalam negara kita sesuatu pendekatan yang
dirangka khusus untuk mata pelajaran moral seperti yang terdapat di Amerika
Syarikat dan Great Britain. Namun begitu, kertas kerja ini boleh dianggap
sebagai satu bahan sumber rujukan beberapa pendekatan pendidikan moral yang
boleh diubahsuai untuk keperluan sekolah-sekolah di Malaysia.
Berikut adalah beberapa pendekatan pendidikan
moral yang akan dibentang dalam kertas kerja ini:
1. Pemupukan Nilai
2. Bertimbang Rasa
3. Perkembangan Moral
Kognitif
4. Penjelasan Nilai
5. Pembinaan Rasional
4. Penjelasan Nilai
5. Pembinaan Rasional
1.
PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI
Dalam pendekatan pemupukan
nilai, sesuatu set nilai moral akan diajar secara langsung kepada pelajar.
Nilai-nilai ini dianggap tetap dan sarwarjagat dalam sesuatu masyarakat dan
patut diamalkan oleh setiap ahli masyarakat untuk menjamin kesinabungan budaya
hidup masyarakat. Dari segi psikologi, ada pelajar yang belum bersedia membuat
pertimbangan moral yang rasional iaitu mereka yang masih memerlukan pemupukan
nilai.
1.2
STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran-pembelajaran pemupukan nilai tidak seharusnya dikaitkan dengan indoktrinasi. Pada amnya, indoktrinasi bermaksud pembentukan sesuatu kepercayaan atau doktrin tanpa mengambilkira pemikiran rasional. Kepercayaan yang disampaikan kepada pelajar mungkin benar dan terbukti mungkin tidak. Tetapi menurut Barrow pemupukan nilai dengan memberikan justifikasi adalah wajar dalam pengajaran moral, dan Hare pula berpendapat bahawa strategi pemupukan nilai tidak semestinya akan menyekat kebolehan pelajar berfikir.
Strategi pengajaran-pembelajaran pemupukan nilai tidak seharusnya dikaitkan dengan indoktrinasi. Pada amnya, indoktrinasi bermaksud pembentukan sesuatu kepercayaan atau doktrin tanpa mengambilkira pemikiran rasional. Kepercayaan yang disampaikan kepada pelajar mungkin benar dan terbukti mungkin tidak. Tetapi menurut Barrow pemupukan nilai dengan memberikan justifikasi adalah wajar dalam pengajaran moral, dan Hare pula berpendapat bahawa strategi pemupukan nilai tidak semestinya akan menyekat kebolehan pelajar berfikir.
Ini bermaksud bahawa dalam strategi pemupukan nilai, guru pendidikan
moral akan mengajar sesuatu nilai moral secara langsung, tetapi hendaklah
memberikan justifikasi mengapa nilai itu patut dihayati. Taksonomi Objektif
Pendidikan Krathwohl dalam domain afektif boleh digunakan sebagai garis panduan
bagi pendekatan pemupukan nilai.
Strategi
pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
- Menentukan
nilai yang akan dipupuk.
- Mengenalpasti
taraf penghayatan yang dikehendaki.
- Menentukan objektif-objektif pelajaran.
- Memilih teknik-teknik pengajaran-pembelajaran yang sesuai untuk:
a.
meningkatkan tingkah laku yang
bermoral
b. mengajar tingkah laku
moral yang baru
c.
mengukuhkan tingkah laku yang
bermoral
d. mengurangkan tingkah
laku yang tidak bermoral.
- Melaksanakan pengajaran-pembelajaran dalam kelas.
- Menilai pengajaran-pembelajaran.
1.3
TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Berbagai teknik pengajaran-pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan
pemupukan nilai. Untuk membolehkan pelajar menghayati sesuatu nilai, maka
dicadangkan bahawa teknik yang dipilih adalah berpusat kepada pelajar seperti
main peranan, permainan simulasi, nyanyian dan lawatan.
1.4
KESIMPULAN
Pendekatan pemupukan nilai pada amnya lebih sesuai untuk pengajaran
pendidikan moral di sekolah rendah (KBSR). Ini kerana tujuan utamanya ialah
pembentukan tabiat yang bermoral di kalangan murid-murid. Objektif am ini masih
dikekalkan dalam sukatan pelajaran pendidikan moral KBSM dan pendekatan
pemupukan dikira masih relevan dan sesuai khususnya untuk peringkat sekolah
menengah rendah. Namun begitu, pelajar digalakkan memikir dan meneliti isu-isu
moral yang relevan dalam kehidupannya secara rasional. Untuk perkembangan
pertimbangan moral yang rasional tentang sesuatu isu moral yang merupakan satu
lagi objektif pendidikan moral KBSM, maka pendekatan lain boleh ditimbangkan.
2.
PENDEKATAN BERTIMBANG RASA
Rasional ini adalah
berdasarkan kepada suatu kajian intensif yang telah dijalankan oleh McPhail dan
rakan-rakan tentang keperluan-keperluan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga
18 tahun. Pada amnya, menurut McPhail golongan remaja berpendapat bahawa
kelakuan yang baik ialah bertimbang rasa kepada orang lain, kerana kelakuan ini
boleh memberi kepuasan kepada orang yang bertindak sedemikian.
2.2
STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Situasi-situasi yang terdapat dalam ‘In Other People’s Shoes’
menggambarkan perhubungan seorang individu dengan orang lain di rumah, sekolah
dan kawasan perumahannya. Situas-situasi dalam set ini adalah situasi yang
dialami oleh golongan remaja. Situasi-situasi yang diberikan dalam ‘Proving the
Rule’ adalah mengenai tekanan dan konflik dalam perhubungan peribadi, kumpulan
sebaya dan masalah autoriti.
Pendek kata, strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan bertimbang rasa
menumpukan kepada pemahaman tingkah laku seorang diri sendiri dan
kesan-kesannya kepada orang lain.
2.3
TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
2.4
KESIMPULAN
Pendekatan
bertimbang rasa mempunyai bahan pengajaran-pembelajaran yang membolehkan para
pelajar mempelajari cara hidup yang bertimbang rasa. Namun begitu, pendekatan
ini mempunyai kesulitan. Menurut Abdul Rahman Aroff bertimbang rasa tidak boleh
dijadikan prinsip tunggal bagi kemoralan dan matlamat tunggal bagi pendidikan
moral. Prinsip-prinsip moral keadilan dan integriti kesemuanya
perlu diambil kira dalam pendidikan moral.
3
PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL
KOGNITIF
Strategi
pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
1.
kemukakan dilema yang sebenar
2.
beberapa siri dilema alternatif untuk digunakan
jika dilema sebenar gagal untuk
menimbulkan
kontroversi.
3. Menyediakan satu senarai
soalan rangsangan (probe questions).
ATAU
1. Persembahan dan pemahaman
dilema moral.
2.
Menyatakan pendapat dan justifikasinya.
3. Menilai sebab-sebab yang
dikemukakan.
4. Menyimpul sebab-sebab yang
diberikan serta memberi sebab-sebab lain jika ada.
4.
PENJELASAN NILAI
4 .1 Rasional
4.3 Teknik
Pengajaran-Pembelajaran
4.4 Kesimpulan
5.1 Rasional
Dalam negara yang demokratik, seperti Malaysia
pelajar perlu memahami konsep ‘nilai’ dan ‘demokrasi’ serta dapat mengenal
pasti nilai-nilai yang diperlukan untuk kewarganegaraan demokratik. Sesuatu
nilai perlu dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan yang
tertentu tetapi juga berkaitan dengan nilai-nilai yang lain. Ini adalah atas
alasan bahawa sesuatu nilai biasanya ada kaitan dengan nilai yang lain.
Contohnya antara nilai kebebasan dan hormat-menghormati. Berlandaskan kepada
keadaan ini, maka amatlah penting bagi seorang pelajar mengetahui cara
menimbangkan nilai-nilai yang berkonflik dalam sesuatu situasi tertentu yang
melibatkan pilihan. Tambahan pula, pelajar perlu menyedari tenteng nilai-nilai
diri sendiri serta kesan-kesannya antara satu sama lain.
5.2 Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
5.3 Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan
adalah perbincangan situasi moral yang berkonflik, perbahasan, pidato, kerja
projek atau kajian, forum dan seminar.
4.
PENJELASAN NILAI
Pendekatan penjelasan nilai bertujuan membina dan
membentuk kesedaran seseorang pelajar ke atas set nilai-nilainya serta
nilai-nilai orang lain. Dengan ini, pelajar dapat mengurangkan kekeliruan
nilai-nilai dan memperkembangkan satu set nilai yang kukuh. Untuk mencapai
matlamat ini, pelajar perlu membuat penjelasan nilai melalui pemikiran rasional
dan kesedaran emosi.
4.2 Strategi
Pengajaran-Pembelajaran
Penjelasan nilai melibatkan proses sempurna kendiri
yang mengandungi tujuh sub-proses seperti berikut:
I
Memilih : 1.
Secara bebas
2. dari berbagai-bagai pilihan yang sedia ada
3. selepas menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
II
Menghargai : 4.
nilai-nilai diri sendiri dan menganggapnya penting dalam kehidupan 5. menerimanya
secara terbuka
III
Mengamal : 6. mengikut pilihan diri sendiri
7. secara berulang-ulang dalam kehidupannya
Dalam pendekatan ini, guru bertindak sebagai seorang
fasilitator dan pembimbing. Guru dikehendaki menerima segala jawapan yang
diberikan oleh pelajarnya. Dia tidak akan membuat sebarang pertimbangannya
walaupun dia tidak bersetuju dengan pilihan pelajar tersebut. Dengan demikian
pelajar diberi kebebasan dan peluang untuk membina set nilai diri sendiri.
Dengan itu, pelajar akan lebih menghargai pilihannya jika dibanding sesuatu
yang dipaksakan kepadanya.
4.3 Teknik
Pengajaran-Pembelajaran
Berbagai teknik pengajaran dan pembelajaran boleh
digunakan untuk pendekatan penjelasan nilai. Antaranya ialah perbincangan
kumpulan, kerja kumpulan atau individu, dilema moral, permainan simulasi,
nyanyian, lukisan, temu ramah, pilihan nilai, susun atur pilihan nilai dan
lembaran kerja nilai.
4.4 Kesimpulan
Penjelasan nilai didapati mudah digunakan dengan
cara terbuka dan jujur. Guru dapat mengelakkan indoktrinasi dan menggalakan
pelajar memikirkan dan memilih nilai yang dihargai secara bebas. Namun begitu,
kesulitan akan timbul jika pelajar membuat sesuatu pilihan yang mungkin
bertentangan dengan nilai masyarakat. Contohnya mencuri barang kerana lapar.
Pendekatan penjelasan nilai adalah relevan kepada pengajaran pendidikan moral
kerana ia dapat diperkembangkan moral peribadi serta moral autonomi seseorang
pelajar. Namun untuk mengatasi kelemahan-kelemahan model ini, guru perlulah
membimbing pelajar menimbang secara rasional serta menimbulkan kesedaran emosi
ke atas setiap pilihan sebelum dia membuat keputusan. Tambahan pula, ianya
boleh digabungjalinkan dengan pendekatan yang lain seperti analisis nilai,
khususnya dalam penyelesaian nilai-nilai yang berkonflik.
5. PEMBINAAN
RASIONAL
5.1 Rasional
5.2 Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
Berikut adalah garis panduan bagaimana pendekatan
pembinaan rasional dapat digunakan:
1. Mengenal
pasti dan menjelaskan nilai-nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu
sama lain.
2. Membuat
generalisasi dengan mengaitkan konsep nilai yang difahami olehnya dengan konsep
nilai yang diterima oleh masyarakat umum yang demokratik.
3. Menimbangkan
implikasi-implikasi dan kesan-kesan yang mungkin timbul berlandaskan kepada
keputusan moralnya dalam sesuatu situasi moral yang berkonflik.
4. Membuat
keputusan yang munasabah dengan menyatakan kriteria atau prinsip di mana
sesuatu nilai diberikan keutamaan daripada nilai yang lain dalam sesuatu
situasi nilai yang berkonflik.
5. Memupuk
penglibatan diri dengan secara emosi (aspek afektif) sama ada melalui teladan
atau pengukuhan tingkah laku kepada keunggulan demokrasi.
5.3 Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran
5.4 Kesimpulan
Fokus pendekatan
pembinaan rasional kepada pemahaman konsep-konsep nilai dan demokrasi
telah memberikan satu gambaran yang penting kepada pendidikan moral dalam
sistem demokrasi. Walaupun model ini cuba menggabungkan aspek afektif
dan kognitif dalam perkembangan moral, ianya tidak begitu nyata bagaimana
seseorang guru boleh melakukan.