Sejarah Taoisme
Sejarah Taoisme
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk rencana utama, sila
lihat rencana Taoisme
Aksara CinaTao atau Dao("Laluan").
Taoisme pada
asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama ia juga
dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Dengan itu
wujud apa yang dikatakan sebagaiagama dao(Bahasa Cina: Daojiao 道教), yakni
taoisme dari segi agama; dan juga mazhab dao (bahasa Cina:
daojia 道家) ,yakni taoisme dari segi falsafah.
Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao”
yang diterjemahkan dari perkataanBahasa Cina “Dao” (道) yang erti hurufiahnya
bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna budaya perkataan
"Dao" sebenarnya sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah.
Sejarah Taoisme bermula sejak adanya
kitab Dao De Jing (abad ke-3 atau 4 S.M.),yang menjadi
pegangan bagi Taosime. Seterusnys Taoisme telah dimantapkan oleh Zhang Daoling (abad ke-2 masihi), dan juga Shangchingdan Lingbao pada
abad ke-4 masihi.
Isi
kandungan
|
[sunting]Dinasti Han (206S.M. - 220 Masihi)
Pada awal Dinasti Han, Laozi
disembahkan sebagai Tuhan, bersama-sama dengan Huang Di.
Terdapat teks “Huang-Lao” terkandung dalam Huainanzi, yang mentafsirkan ajaran Tao
merupakan pedoman ke arah keabadian (termasuk ubatan, pratikal seks dan juga
kaedah nafas).
Laozi menerima penghargaan dari empayar
sebagai pengaji ketuhanan berjaya. Pada masa itu, Yin Yang dan Wuxing (五行)
dikaji tetapi belum lagi digolongkan dalam Taoisme.
Gelaran Daojia digunakan sejak Dinasti
Han. Dalam rekod sejarah Sima Qian,
ia merujuk “keabadian”; sebaliknya Liu Xiang merujuk Laozi dan Zhuangzi. Daojiao merupakan gelaran pengamalan
Tao sebagai agama. Pada zaman moden, kedua-dua gelaran Daojia dan Daojiao
saling membawa maksud yang sama. Ulasan Dao De Jing yang terawal dikarya oleh Heshang Gong (“Tuan Tebing Sungai”).
[sunting]Zaman Berkerajaan Tiga (220-265)
Pusat pengajian Xuanxue termasuk Wang
Bi, mengfokuskan pengajian ajaran Laozi dan Zhuangzi.
[sunting]Zaman Enam Dinasti (316-589)
Ge Hong juga
dikenali sebagai Baopuzi (“Pemeluk konsep kesederhaan yang kuat”) adalah aktif
pada abad ke-3 dan ke-4 dan beliau membawa kesan pengaruh yang besar pada
Taoisme. Pada zaman ini, terdapat banyak karya yang utama dihasilkan termasuk
Shangqing (“Kesucian Tertinggi”) (365-370) dan kitab Lingbao (“Kesucian Abadi”)
terdapat di Maoshan.
[sunting]Dinasti Tang (618-907)
Pada zaman ini, Konfucianisme dan
Buddhisme merupakan dua agama yang terpengaruh. Maharaja Xuanzong (685-762)
membuat ulasan atas ketiga-tiga pegangan. Kemudiannya, ketiga-tiga agama
dilaksanakan secara serentak oleh kerajaan.
Maharaja Tang Gaozong menklasifikasikan Dao De Jing sebagai
karya klasik (Jing, 經) dan ia perlu dibelajari semasa menduduki peperiksaan
kerajaan; dengan itulah “–jing “ termuncul dalam tajuk Dao De Jing.
[sunting]Dinasti Song (960-1279)
Zaman ini terdapat beberapa maharaja
dimana Maharaja Huizong merupakan maharaja yang terutama dalam galakan
pengamalan Taoisme. Maharaja Huizong mengumpulkan kitab-kitab ajaran Tao dan
menerbitkan Daozang.
Quanzhen dan Zhengyi merupakan pusat
pengajian Taoisme yang diasaskan pada zaman ini. Kedua-dua pusat pengajian
merupakan antara pusat-pusat yang masih wujud sehingga sekarang.
[sunting]Zaman Nasionalis (1912 – 1949)
Pada zaman inilah merupakan permulaan
keruntuhan Taoisme. Guomindang menekankan sains, kemodenan dan budaya
kebaratan, termasuk Agama Kristian.
Mereka menyingdirkan agama-agama yang popular sebagai reaksioner serta bersifat
parasit, mereka merampas kuil-kuil serta tokong-tokong dan dijadikan sebagai
bangunan awam dan mengadakan kawalan ke atas aktiviti pengamalan agama.
[sunting]Negara China pada Zaman Moden (1949 – kini)
Pada peringkat awal selepas penubuhan Republik Rakyat China, parti pemerintah iaitu Parti Komunis China menahan amalan beragama. Banyak
infrastruktur Taoisme dimusnahkan. Ramai sami dan pendeta dihantar untuk
bekerja. Ini merupakan peristiwa pada zaman Revolusi Budaya pada 1966 sehingga 1976.
Pada tahun 1982, Deng Xiaoping melonggarkan kawalan ke atas pegangan
agama. Ramai pemimpin Komunis sedar akan Taoisme adalah penting dalam budaya
orang China, oleh itu, banyak kuil serta tokong diperbaiki dan dibuka semula.
Taoisme merupakan antara lima agama
yang diakui oleh Republik Rakyat China, dimana aktiviti-aktiviti dijalankan
oleh Persatuan Taoisme China.
drabdshatar
No comments:
Post a Comment