INSTITUT PENDIDIKAN
GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN
AFZAN
ELM3023E : Kurikulum dan
Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
Moral Education Curriculum and Teaching
Methods
Program: PISMP
Unit: TESL
Semester 4 Ambilan Januari 2013
Sesi: Jun-November 2014
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS):
PBS merupakan salah satu komponen
Amalan Profesional bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Pelaksanaan PBS akan member kefahaman awal kepada pelajar tentang amalan
persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga member peluang kepada
pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat
memahami system pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah
dan tugas sebenar seorang.
Bagi PBS kali ini Unit TESL semester 4
telah ditetapkan menjalani aktiviti berkaitan mata pelajaran elektif 2 iaitu
Pendidikan Moral. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan
semua aspek seperti yang ditetapkan.
Tempoh PBS adalah selama seminggu dan
kehadiran adalah WAJIB. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera perlu
mendapat pengesahan daripada doktor di hospital atau klinik kerajaan. Ketidak
hadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada
Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGKTAA. Pelajar yang tidak cukup kehadiran PBS perlu
melengkapkannya pada masa yang akan ditetapkan oleh Unit Praktikum.
Pendidikan Moral:
Mata pelajaran Pendidikan Moral
merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral
dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran ini diharap dapat
menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyai perwatakan yang mulia,
bersopan santun dan menyumbang secara produktif terhadap masyarakat dan negara.
Mata pelajaran Pendidikan Moral juga
membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik,
kemahiran pemikiran kritikal, kemahiranpemikiran kreatif, kemahiran menentang
tekanan rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran
tersebut akan membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan
hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab dalam kehidupan harian.
Untuk merealisasikan hasrat mata
pelajaran Pendidikan Moral, Kurikulum Standard Pendidikan Moral (KSSR) sekolah
rendah digubal. Kurikulum Standard Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada
usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid. Kurikulum tersebut memberi fokus
terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan nilai murni universal yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum, dan perundangan di negara
ini.
Kurikulum
Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.
Kurikulum
Standard Pendidikan Moral sekolah rendah membolehkan murid untuk mencapai
objektif berikut:
i. memahami dan menghayati nilai-nilai
universal;
ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti
mulia;
iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan
sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri
dengan keluarga, sekolah, jiran,
masyarakat dan negara; dan
iv. mengembangkan dan mengaplikasikan
penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan
moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
ARAHAN AKTIVITI 1 PBS:
Semasa
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) anda dikehendaki membuat
penyelidikan dengan melaksanakan perkara berikut;
1. Temubual
Anda dikehendaki mengadakan satu temubual
dengan Ketua Panitia Pendidikan Moral berhubung dengan perancangan dan pelaksanaan
mata pelajaran Pendidikan Moral KSSR dengan memberi fokus kepada;
- Jumlah murid yang
terlibat
- Jumlah guru yang
terlibat (termasuk kepakaran guru)
- Jumlah waktu
pengajaran dan pembelajaran
- Masalah dan cara
mengatasinya dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral.
- Program-program
moral yang dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Moral (termasuk Latihan Dalam
Perkhidmatan – LADAP).
- Lain-lain yang
berkaitan.
2. Analisis
Dokumen
Anda juga perlu meneliti
dokumen-dokumen berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Moral KSSR seperti;
- Dokumen-dokumen
kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard dan Dokumen Standard dan
Prestasi).
- Rancangan
Pelajaran Tahunan (dibina sendiri @ oleh PPD/ JPN).
- Rancangan
Pelajaran Harian.
- Soalan-soalan
ujian atau soalan peperiksaan.
- Buku teks
(mencukupi atau tidak/ penggunaannya oleh guru & murid).
- Buku Rekod
Mengajar (Format penulisan menepati ketetapan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum).
- Bahan-bahan bantu
mengajar yang digunakan.
- Lain-lain yang
berkaitan.
3. Pemerhatian
Pengajaran
Anda dikehendaki membuat pemerhatian
satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral KSSR dan meneliti
perkara-perkara berikut:
- Rancangan
Pelajaran Harian (mengikut format BPK).
- Fokus terhadap
Penaakulan, perasaan dan perlakuan moral.
- Alat Bantuan
Mengajar.
- Kaedah
pembelajaran
- Teknik-teknik
- Pendekatan
(pemupukan, analisis, penjelasan nilai, pembinaan rasional, perkembangan moral
kognitif dll).
- Elemen merentas
kurikulum (kreativiti (iTHINK), ICT @ keusahawnan).
- Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (set induksi, perkembangan dan penutup)
- Penilaian
pembelajaran (menggunakan standard prestasi berdasarkan eviden)
- Refleksi: Penguasaan
murid berdasarkan Band atau Tahap dan objektif p&p.
- Lain-lain yang
berkaitan
Nota Peringatan:
Semua
data atau maklumat temubual, dokumen dan pemerhatian pengajaran perlu
didokumentasikan dalam bentuk gambar foto, audio-visual dan catatan lapangan.
ARAHAN AKTIVITI
2 PBS:
1.
Berdasarkan data dan maklumat daripada penyelidikan semasa PBS anda dikehendaki
menulis satu laporan yang komprehensif
meliputi:
i.
Latarbelakang
ii.
Persembahan maklumat/ data bagi setiap item daripada Aktiviti
1 PBS.
iii.
Penilaian tentang maklumat/ data (ketepatan, komen dan
ulasan).
iv.
Implikasi kepada anda sebagai penyelidik (refleksi
kendiri).
v.
Lampiran berkaitan (jadual, graf, transkrip temubual, foto,
video dll).
2. Penulisan
laporan bertaip mestilah bercirikan penulisan ilmiah seperti ketetapan berikut:
i. Saiz
fon 12.
ii.
Huruf Times New Roman
iii.
Langkau 1.5 baris (justify)
iv.
Panjang 2500 hingga 3000 patah perkataan (sekurang-kurangnya 12 muka
surat tidak
termasuk lampiran)
3. Tarikh
pelaksanaan PBS adalah dari 22–26 September 2014.
4. Tarikh
akhir penyerahan laporan adalah pada 17 Oktober 2014.
5. Penyerahan
laporan adalah dalam bentuk hardcopy dan softcopy
(satu salinan sahaja)
6. Hasil
laporan juga akan dibincangkan bersama pensyarah semasa interaksi kuliah atau
tutorial Pendidikan Moral.