Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman (2007)
Tesis Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya Sebagai Memenuhi
Keperluan Untuk Ijazah
Doktor Falsafah
ABSTRAK
Pengetahuan Kandungan dan Pedagogi Guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah
Kajian ini bertujuan
untuk menghuraikan pengetahuan pedagogikal kandungan guru Pendidikan Moral
Tingkatan Empat di sebuah sekolah ke arah pembinaan model insan menyeluruh.
Aspek utama yang diteroka adalah tentang pengetahuan kandungan dan pedagogi
dengan menyelidiki kefahaman peserta kajian mengenai Huraian Sukatan Pelajaran
(HSP) Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula, cara mereka membuat
transformasi ke dalam rancangan pelajaran dan amalan pengajaran di dalam bilik
darjah. Kajian ini adalah kajian kes secara kualitatif. Seramai 3 orang
guru Pendidikan Moral telah dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Bagi mencapai
objektif kajian, pengutipan data telah dilakukan melalui temu bual, pemerhatian
pengajaran serta pengumpulan dan penganalisisan dokumen yang berlangsung selama
4 bulan (Januari-April 2004). Temu bual utama diadakan dua kali di samping temubual pra
dan pos-pengajaran. Temu bual pertama dijalankan bertujuan untuk mengetahui
latar belakang peserta kajian dan kefahaman mereka tentang HSP. Manakala temu
bual kedua merupakan respons peserta kajian terhadap soalan berkaitan dengan 12
vignet. Semua vignet itu dibentuk berdasarkan isu-isu atau episod sebenar yang
berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran. Temu bual pra dan pos-pengajaran
pula diadakan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu pengajaran yang
dibuat pemerhatian. Temu bual tersebut telah dirakam secara audio manakala
pemerhatian pengajaran pula dibuat catatan lapangan berserta rakaman audio.
Rakaman video juga dilakukan untuk dua pemerhatian pengajaran terakhir. Dalam
analisis peringkat awal, semua rakaman audio dan video telah dibuat transkrip.
Semua data tersebut kemudiannya dianalisis dengan bantuan komputer menggunakan
perisian TextSTAT version 1.52 untuk mendapatkan kekerapan. Analisis
data pada peringkat akhir pula dijalankan secara manual berpandukan tema-tema
yang dibentuk daripada persoalan kajian. Dapatan penting kajian ini menunjukkan semua peserta kajian
mempunyai pengetahuan kandungan dan pedagogi yang minimum dari segi kefahaman,
transformasi dan amalan pengajaran. Dari segi kefahaman, dapatan menunjukkan
mereka kurang memahami nilai-nilai serta keliru dengan tajuk pengajaran, isi
pelajaran dan hasil pembelajaran. Mereka juga tidak mengetahui tentang
pendekatan khusus dan pelbagai teknik yang dicadangkan dalam HSP. Proses
transformasi ke dalam rancangan pelajaran juga didapati ada kesilapan apabila
nilai dicatatkan sebagai tajuk pelajaran. Selain itu, pernyataan objektif dan
pemilihan teknik pengajaran hanya bertumpu kepada dimensi pengetahuan moral.
Amalan pengajaran pula menunjukkan semua peserta kajian lebih menekankan
huraian nilai sebagai isi pelajaran. Dapatan juga menunjukkan tiada pendekatan
pengajaran khusus digunakan di samping aplikasi teknik yang menumpukan
pengajaran sehala menyebabkan fokus kepada dimensi perasaan moral dan tingkah
laku moral diabaikan. Implikasi daripada kegagalan guru menguasai pengetahuan
pedagogikal kandungan menyebabkan pembinaan model insan menyeluruh tidak dapat
direalisasikan dan tinggal hanya sebagai retorik sahaja. Oleh itu, amat perlu
diwujudkan keselarasan antara perubahan atau semakan kurikulum dengan
memberi pendedahan kepada semua guru yang terlibat. Ini mestilah melibatkan
kedua-dua domain pengetahuan iaitu pengetahuan kandungan dan pedagogi.
ABSTRACT
The
Content and Pedagogical Knowledge of Form Four Moral Teachers’ in a School
The purpose of this study, which is to
examine the pedagogical content knowledge of Form Four Moral Teachers’ in a
school towards creating the whole child model. The main aspect which would be
explored is the content and pedagogical knowledge through inquired of the
participant’s understanding of the changes made in form four moral syllabus
specification (called Huraian Sukatan
Pelajaran or HSP), method used to transform to the lesson plan and
application in teaching in the classroom. This is a qualitative research case study.
Three moral teachers were choose through purposive sampling as participants. To
obtain the objectives of the research, collecting of the data was done through
interviews, observation of teaching and even collecting and analyzing documents
for 4 months (January – April 2004). The main interview was held twice, besides
pra and post-teaching interview. The first interview was done to inquire the
background of the participants and their understanding of the HSP. The second
interview however is to get the response of the participant towards questions
regarding the 12 vignettes. All the vignettes were based on issues or real
episodes of occurrences during the teaching and learning process. Pra and
post-teaching interview was held to obtain more information regarding a lesson
through observation. This interview was audio recorded while the observation of
lesson was done by note-taking along with audio recording. The video recording,
for the two observations were done at the end of the lesson. Through the first
phase of all analysis, the audio and video recording were transcribed. All the
data were then analyzed using TextSTAT
version 1.52 computer software to obtain
the frequency. The analysis of the data during the last phase was done manually
based on the themes, which was formed by the research questions. The
main result of this study shows all participants have minimized understanding
of the content and pedagogical knowledge, transforming and the teaching process
itself. Apart from understanding, the result shows that they did not completely
understand the values and even confused with the topic of teaching, the content
of topic and the result of learning. They did not know about the special
approaches and techniques used by which they made mistakes when the values were
written as the topic of the HSP. Besides, the explicit objective and chosen
techniques for teaching only focused on the dimension of moral knowledge. The
habit of teaching shows that all participants are emphasizing values as the
content of topic. The result also shows that no special approaches are used
besides the application technique, which focused only one-way teaching. This
resulted in the focus of dimensional moral feeling and attitude of moral being
ignored. Implication from teachers who failed to master the pedagogical content
knowledge affected the achievement of building up a whole child model which cannot
be reached and was left as rhetoric.
Therefore, it is vital to establish equality between changes or the revising of curriculum by providing exposure to all teachers.
It is necessary to involve both domains of knowledge, which are the content and
pedagogical knowledge.
No comments:
Post a Comment