Saturday 1 September 2012

BAHAN BANTU MENGAJAR


Definisi Bahan Bantu Mengajar

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik
 · BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer
 · BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik
Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket computer

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar
Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

a) Dapat membantu dalam pengajaran yang berkesan
b) Memperbagaikan pendekatan pengajaran
c) Menyampaikan ssesuatu konsep daengan jelas
d) Penyampaian dan penerangan maklumat lebih terperinci
e) Memusatkan perhataian pelajar
f) Menjimatkan masa
g) Memberi suatu pengalaman baru kepada pelajar
h) Melahirkan interaksi dan kerjasaman amntara pelajar dengan guru dan pelajar dengan guru
i) Melahirkan dorongan daya kreativiti kepada palajar dan guru

Prinsip Penggunaan BBM

a) Pelbagaikan bahan supaya deria pelajar terlibat secalara langsung dalam pengajarn dan pembelajaran. Pelbagai bahan yang meliputi pelbagai jenis dan bentuk akan memberi
§ Pengalaman langsung
§ Pengalaman rekaan
§ Pengalaman dramatik
§ Pengalaman demonstrasi
§ Pengalaman pameran

b) Kualiti BBM sesuai dengan pengajaran dah tahap pelajar
c) Kecekapan penggunaan BBM supaya pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan
d) Kesessuaian alataan dengan pelajar
e) Pemilihan bahan sesuai dengan pencapaian pelajar dan memberi faedah kepada semua pelajar
f) Harus menilai penggunaan bahan
g) Mengandungi nilai muris dan bahasa yang sesuai

1 comment: