Penggunaan Perisian Grafik: Power Point
Power Point
ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan
bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertask kerja denga cara yang
lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya,
pergerakan dan bunyi.
Kelebihan Power Point
a) Menyediakan jenis template
yang konsisten dan kemas.
b) Menyediakan operasi yang
mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak
serta aturan perisian.
c) Menambah gambar atau objek
ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.
d) Dapat melahirkan animasi
slaid.
e) Sesuai untuk membina
kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.
Kelemahan Power Point
a) Perlu mempertimbangkan
keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak
hanya tertarik kepada animasi slaid.
b) Memerlukan kemahiran dan
pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar,
tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.
c) Perlu mempertimbangkan
kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.
d) Dari segi pengawalan dan
pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam
pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar
guru dengan pelajar
Kelemahan Penggunaan
Komputer Dalam Pendidikan
·
Penyalahgunaan komputer di kalangan masyarakat
termasuk golongan pelajar kerana sukar untu dikawal. Contoh: penyebaran unsur
lucah di Internet.
·
Apabila pelajar mendapati apa yang mereka
perlukan tidak terdapat dalam PBK, pembelajaran yang berjalan akan menjadi
pasif dan membosankan.
·
Pelajar tidak mempunyai pilihan lain selain
dari terpaksa melihat dan mempelajari apa yang dipaparkan dalam skrin komputer.
Ini menyebabkan pelajar hilang kebolehan membaca dan berfikir.
No comments:
Post a Comment