Pendidikan
Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran
Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivitiaktiviti dan
tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga
harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu
pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.
Oleh
yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral
guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang
berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
(a) Struktur
dan Organisasi
(i) Panitia
Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral.
(ii)
Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan
dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.
(iii)
Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam jawatan kuasa tersebut
sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar.
(iv)
Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan berhubung dengan
isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua
Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau
untuk makluman.
(b)
Tujuan Panitia
Berikut
adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan
Moral bagi pencapaian matlamatnya:
(i)
Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
(ii)
Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.
(iii)
Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada
sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
(iv)
Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Moral dengan
persatuan-persatuan yang lain.
(a) Senarai
Tugasan
(i)
Ketua Panitia
·
Memahami kandungan Huraian Sukatan
Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun.
·
Memastikan perancangan dan pelaksanan
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
·
Menyediakan takwim panitia dan
melaksanakan perancangannya.
·
Membuat sasaran peratusan kelulusan.
·
Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan
untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas
soalan dijalankan.
·
Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
·
Mempengerusikan mesyuarat panitia.
·
Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian
masalah pengajaran dan pembelajaran.
·
Membuat pemantauan dari masa ke semasa
atau bila diperlukan.
·
Melaksanakan projek-projek yang
bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi
panitia.
(ii)
Setiausaha Panitia
·
Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
·
Mencatatkan minit semasa mesyuarat
dijalankan.
·
Menyediakan minit mesyuarat dan
mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau
sebelum mesyuarat.
·
Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat
menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
·
Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia
atau mewakili ketua panitia Moral bila diperlukan.
(iii)
Bendahari Panitia
·
Mengendalikan kewangan panitia.
·
Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan
dan perbelanjaan panitia.
·
Menyediakan penyata kewangan tahunan di
akhir tahun.
·
Melaporkan kedudukan kewangan semasa
mesyuarat atau bila diperlukan.
(iv)
Ahli-ahli Panitia (Guru Pendidikan Moral)
·
Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan
atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia.
·
Melibatkan diri dengan aktif dalam semua
aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan
Moral.
·
Menyediakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panitia.
·
Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran dari masa ke semasa.
· Menyediakan draf soalan ujian atau
peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum
menyediakan kertas soalan.
·
Mengadakan ujian bulanan mengikut
kesesuaian masing-masing.
·
Merekodkan merkah-markah ujian bulanan,
ujian pertengahan semester dan peperiksaan.
·
Memberikan markah peperiksaan kepada guru
darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.
·
Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid
dengan teliti dan berhati-hati.
· Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan
di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau
negeri) bila diwajibkan.
(b)
Peranan Panitia Pendidikan Moral
Berikut
adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
(i)
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
(ii)
Menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun.
(iii)
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan
oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak
Huraian Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
(iv)
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid
untuk dibekalkan i Pusat Sumber Sekolah.
(v)
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta
menubuhkan Bank Soalan.
(vi)
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil
langkah langkah untuk mengatasi
kelemahankelemahan pengajaran dan pembelajaran.
(vii)
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan perjumpaan-perjumpaan secara `ad hoc' bila diperlukan.
(viii)
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau
tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu
yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar
serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
(ix)
Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran.
(x)
Bekerja sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.