Sunday 24 February 2013

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif (Penaakulan Moral)


Pengenalan
  • Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
  • Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.
Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik.
Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif
  • Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
  • Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujukhttp://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran Ujian Bertulis
Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang kognitif 
Contoh soalan 
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. 
Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia. 
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari.
Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan  masalah yang berkaitan. 
Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul? 
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ………………
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. 
Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?
PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS
  • Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
  • Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
  • Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
UJIAN SUBJEKTIF
  • Ujian esei
  • Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
  • Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan
  • Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri
  • Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)
JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
  • Jenis respons terhad
    • mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
    • contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
  • Jenis respons lanjutan
    • mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
    • contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan jenis respons terhad ada:
  •  Soalan berstruktur
    • satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu
    • jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
  • Soalan berpandu
    • mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain
    • pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis gerak balas lanjutan
  • soalan jenis perbicaraan
  • memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis
  • sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi
  • menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
  • Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. 
    Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan  tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran soalan subjektif
  • Skop jawapan soalan terlalu luas
  • Soalan yang menimbulkan perbalahan
  • Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
  • Soalan terlalu mudah
  • Soalan yang kurang jelas
Panduan menggubal soalan subjektif  bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
  • Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P
  • Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
  • Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
  • Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
  • Ciri keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
  • Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab

No comments:

Post a Comment