Sunday 24 February 2013

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah


Pengenalan:
  • Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah  merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
  • Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:
  • Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
  • Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p  untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid.
  • Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
  • Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
    • tujuan penilaian
    • bidang yang dinilai
    • calon yang hendak dinilai
    • teknik yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
  • Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
  • Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
  • Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment