Thursday 2 August 2012

Agama Budha

Perkataan Budha berasal daripada perkataan ‘budhi’ bermakna ‘to wake up’ Bermula akhir abad ke-6, SM tahun 560 Berasal dari India, disebar oleh saudagar dan mubaligh hingga ke negara China, Korea, Jepun, Sri Lanka, Kepulauan Melayu dan Negara Thai. Di Malaysia agama Buddha popular dikalangan masyarakat Cina Pengasas- Sidharta Gautama- dikenali sebagai Budha  Agama yang terbesar di dunia Budha bukan Tuhan atau Pesuruh – seorang manusia yang berjaya menyempurna(perfect) diri. Berasal dari keturunan bangsawan-putera raja Kapilawastu, timur laut India sempadan Nepal.

Ayahnya berketurunan Ningrat yang bersifat keduniawian. Ia mengkehendaki Gautama menjadi maharaja semesta alam Semasa ibunya mengandung ibunya bermimpi dikunjungi oleh seekor gajah putih keramat yang menyentuh lambung kirinya dengan teratai putih dipegang belalainya. Keajaiban berlaku semasa kelahirannya-keluar daripada lambung kanan ibunya, ketika ibunya sedang berdiri di kebun tetapi ibunya wafat semasa melahirkannya. Semasa kelahirannya, dunia terang benderang bermandikan cahaya, si buta dapat melihat, si tuli mendapat mendengar, orang yang pincang dan kudung kakinya dapat berlari lalu menghampiri bayi itu. Gautama berkahwin dengan sepupunya semasa berumur 16 tahun dan mendapat seorang cahaya mata. Ayahnya tidak suka dia melihat penderitaan manusia serta memerintahkan agar semua taman kerajaan bersih dari orang sakit dan miskin Malangnya pada suatu hari para dewa mengatur Gautama dapat melihat orang-orang yang menjadi larangan ayahnya seperti melihat pengemis yang merasa puas mengenakan pakaian kuning dan membawa mangkuk untuk mengemis makanan Gautama menjadi insaf setelah melihat kejadian itu lalu meninggalkan kesemua kemegahannya dan menggantikan pakaiannya dengan compang camping

 Tokoh Budha 
Usianya 29 tahun selepas mendapat puteranya, Gautama berguru ajaran Upanishad tetapi tidak berpuas hati Selama 49 hari duduk bertapa dibawah pohon ‘Bodhi’ bermaksud pencerahan. Di sini dia melihat jalan yang lurus ditempuh untuk mencapai pembebasan Selepas mengembara-kembali ke tempat asalnya di pertengahan jalan-jatuh sakit dan meninggal dunia pada usia 80 tahun. Tubuhnya dibakar dan abu jenazahnya dibahagi-bahagikan kepada raja-raja yang menjadi pengikut ajarannya.

 Lima Rukun Moral menepati nilai bagi perkembangan diri pelajar -
Amalan ‘karma’ – keadilan
Amalan ‘dana’ – kasih sayang

 Nilai berkaitan dengan kekeluargaan

  • Kasih sayang dalam keluarga
  •  Tanggungjawab Saling hormat menghormati 
  •  Mengelaskan sesuatu punca kesengsaraan 
  • Perpisahan dengan orang yang disayangi  
Nilai berkaitan dengan alam sekitar

  • Menghargai dan memelihara alam 
  • Menghormati mahluk lain 
  • Tidak boleh bunuh haiwan sesuka hati 
 Nilai berkaitan dengan patriotisme 
  • Cinta kepada negara 
  • Taat setia kepada raja dan negara 
  • Sanggup berkorban untuk negara 
  •  Mengamalkan konsep Lapan Jalan Kemuliaan-benar
 Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia 
  • Hormat hak kanak-kanak, wanita, pekerja, golongan kurang upaya, pengguna 
 Nilai berkaitan dengan demokrasi 
  • Patuhi undang-undang dan peralatan 
Nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian 
  • Hidup aman, saling bantu membantu, hormat- menghormati 
 Konsep Lima Rukun Moral dan Lapan Jalan Kemuliaan jamin kesejahteraan. 
 Jangan ikut perasaan yang inginkan keseronokan sahaja Anutan agama Buddha menekankan kepada hubungan sesama makhluk iaitu manusia dengan manusia dan manusia dengan alam semulajadi. Hubungan dengan negara dan pemerintah tidak ditekankan dalam anutan agama Budha

No comments:

Post a Comment