Thursday 2 August 2012

Agama Sikh

LATAR BELAKANG

1-Menurut Singh.H (1969) agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak 1 ( 1469-1539 ). -Perkataan “sikh” bahasa punjab bererti “penuntut” atau “penganut”. Diasaskan secara turun-temurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti.Guru yang terakhir ialah Guru Gobind Singh. Percaya Tuhan satu-tiada permulaan dan tiada akhir -Pertemuan antara agama Islam dengan Hindu di India Utara pembentukan agama Sikh. -Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan tuhan tetapi seorang yang menunjukkan jalan kepada orang ramai ke arah Kebenaran atau Tuhan.

2.Penjelasan tentang Tuhan dalam agama Sikh hampir sama dengan Islam iaitu Hanya ada satu Tuhan dan mempunyai unsur-unsur Hindu iaitu tiada permulaan dan tiada penghabisan nirvana.Ini adalah di sebabkan :

a)Pada zaman Guru Nanak – Gobind Singh,penduduk-penduduk India telah menyeleweng daripada ajaran agama-agama mereka ( khasnya agama Islam dan Hindu )

b.Guru Nanak 1 iaitu Nanak Dev mempelajari agama Islam,kemudian Hindu. iii.Guru-guru Sikh menegaskan manusia ialah kejadian Tuhan dan patut taat pada cara hidup masing-masing. -Seseorang individu yang hendak menjadi seorang Sikh hendaklah sentiasa terkawal oleh kehendak-kehendak agama Sikh. -Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan,belum dikira sebagai seorang Khalsa,walaupun ibu bapanya beragama Sikh.Apabila Dewasa hendaklah mengetahui peraturan dan undang-undang serta diberi minum Amrit ( air gula ) baru sah menjadi seorang Khalsa. iv.Undang-undang yang perlu difahami untuk menjadi kaum khalsa iaitu :
i..    Mempercayai hanya satu tuhan yang maha kuasa.
ii.    Sentiasa membaca atau mendengar sabda-sabda Guru Granth Sahib Ji untuk membuat ibadahnya.
iii.  .Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dengan cogan yang berawalkan huruf “ K “
iv. .Menghapuskan perasaan berkasta-kasta,dilarang menyembah berhala atau menganut kepercayaan yang berlawanan dengan Kaum Sikh.
v.  .Menghormati semua makhluk tanpa mempersoalkan tentang agam,bangsa,atau warna kulit seseorang itu.
      a. .Asas ajaran kaum Sikh telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci )
      b.Menurut Sikh Naujawan Sabha,Malaysia ( 1969 ) perkara penting mengikut kata-kata yang terdapat dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci ) adalah seperti berikut : i)Tuhan yang Disembah -Orang Sikh mempercayai bahawa Tuhan itu Esa. -Orang sikh menyebut Tuhan dengan nama Wahiguru,bermakna : Tuhan Yang Menakjubkan” ii) Taraf guru dalam agama Sikh -Guru adalah orang yang memandu ke jalan yang benar. -Kitab suci dan kaum Khalsa dianggap sebagai Guru,setelah mangkatnya Guru yang kesepuluh pada tahun 1708. iii) Kitab Suci -Kitab Suci agama Sikh,Guru Grand Shib Ji,mengandungi semua sabda Guru Nanak 1 hingga Guru Nanak 5,Guru Nanak 9 ,serta Beberapa orang ulama Islam dan Hindu. -Kitab ini diletakkan dalam Gurdwara(rumah ibadat)di atas sebuah meja. iv) Gurdwara-rumah sembahyang -Erti “Gurdwara” ialah “pintu gerbang Guru” di dalamnya terletak Kitab Suci. -Dianggap sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka. v)Masyarakat -Masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem kasta dilarang sama sekali dalam sesebuah masyarakat. -Seluruh ahli masyarakat dinasihat mematuhi segala yang baik. vi) Cara damai dan cara kekerasan. -Cara damai diutamakan daripada cara kekerasan. -seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan negaranya. vii) Kaum Sikh dan kaum agama lain -Semua pengikutnya hendaklah menghormati segala makhluk di dunia. iii) Kitab Suci -Kitab Suci agama Sikh,Guru Grand Shib Ji,mengandungi semua sabda Guru Nanak 1 hingga Guru Nanak 5,Guru Nanak 9 ,serta Beberapa orang ulama Islam dan Hindu. -Kitab ini diletakkan dalam Gurdwara(rumah ibadat)di atas sebuah meja. iv) Gurdwara-rumah sembahyang -Erti “Gurdwara” ialah “pintu gerbang Guru” di dalamnya terletak Kitab Suci. -Dianggap sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka. v)Masyarakat -Masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem kasta dilarang sama sekali dalam sesebuah masyarakat. -Seluruh ahli masyarakat dinasihat mematuhi segala yang baik. vi) Cara damai dan cara kekerasan. -Cara damai diutamakan daripada cara kekerasan. -seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan negaranya. vii) Kaum Sikh dan kaum agama lain -Semua pengikutnya hendaklah menghormati segala makhluk di dunia.

1 comment: