Thursday 2 August 2012

Sifat-sifat Insan Moral

SIFAT-SIFAT INDIVIDU BERMORAL
Biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan emosi (jiwanya). Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek emosi dan pemikiran.

PRINSIP INDIVIDU BERMORAL
Teori-teori etika menjadi petunjuk kepada sifat insan bermoral. Wbp teori-teori tersebut mempunyai pelbagai petunjuk seperti berasaskan kesan, motif, jalan tengah dan kemoralan sosial untuk merujuk kepada individu bermoral. Tiga prinsip sebagai panduan menentukan individu bermoral.

 PRINSIP KEADILAN
Adil bermaksud saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa… Sama rata bukan bermaksud orang yang bekerja lebih tetapi mendapat bayaran yang sama (dengan orang lain). Agama Islam mendefinisikan keadilan sebagai, “meletakkan sesuatu di tempatnya”. Aristotle – adil itu sebagai `fair-minded’, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan Aristotle menyebut Prinsip Keadilan Umum iaitu masy. diorganisasi supaya semua individu memberi sumbangan kpd. kebajikan umum.

PRINSIP ALTRUISME
Individu saling berhubung (interaksi) dengan orang lain. Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk memberi kebaikan kepada orang lain mengatasi diri sendiri. Berperikemanusiaan. Perasaan kasihan, kasih sayang, simpati dan empati.

 PRINSIP AUTONOMI
Autos= diri sendiri Nomos= undang-undang Autonomi= Penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan. … berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral… … tidak rasional dan adil. … tidak mengakuri tanggungjawab moral.

No comments:

Post a Comment